ICANN
| Maklumat am | |
|---|---|
| Kependekan | ICANN |
| Cogan kata | One World. One Internet. |
| Jenis/bentuk sah | Pertubuhan bukan untung |
| Fokus | Menguruskan nombor Protokol Internet dan Sistem Nama Domain |
| Bidang | Teknologi maklumat, capaian, penapisan, demokrasi, Jurang digital, Hak digital, Kebebasan maklumat, Internet phenomenon, Keberkecualian internet, privasi, sosiologi, penggunaan, tadbir urus Internet |
| Tapak web | www.icann.org |
| Pautan berkaitan | |
| Sejarah | |
| Ditubuhkan | 18 September 1998 |
| Pengasas | United States Department of Commerce and Labor |
| Pengurusan | |
| Ketua pegawai eksekutif | Göran Marby |
| Tokoh penting | Göran Marby (CEO dan Presiden), Cherine Chalaby (Chair of the Board) |
| Perangkaan | |
| Hasil/pendapatan | 129,300,000 (2020) |
| Kakitangan/pekerja | 388 (2020) |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Los Angeles, California, Amerika Syarikat |
| Lokasi | |
| sunting · sunting di Wikidata | |

ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers) ialah sebuah perbadanan yang diasaskan pada 18 September 1998 dan diperbadankan pada 30 September 1998[1] dengan tujuan menyelia sebilangan tugasan berkaitan Internet yang pernah dilaksanakan secara langsung bagi pihak kerajaan Amerika Syarikat oleh pertubuhan-pertubuhan lain, khususnya Internet Assigned Numbers Authority (IANA). Ibu pejabatnya terletak di Marina Del Rey, California, Amerika Syarikat.
Antara tugas-tugas yang dipikul oleh ICANN termasuk tanggungjawab peruntukan ruangan alamat protokol Internet (IP), penguntukan pengecam protokol, pengurusan sistem nama domain peringkat tinggi umum (gTLD) dan kod negara (ccTLD), dan fungsi-fungsi pengurusan sistem pelayan akar. Secara amnya, ICANN bertanggungjawab menguruskan penguntukan nama domain dan alamat IP. Kini, kebanyakan tugas ICANN adalah berkenaan pengenalan domain peringkat tinggi baru (TLD). Kerja-kerja teknikal ICANN dipangil fungsi IANA.
Prinsip-prinsip operasi utama ICANN disifatkan sebagai membantu memelihara kestabilan pengendalian Internet; memupuk persaingan; meluaskan masyarakat Internet sedunia; dan membangunkan dasar-dasar yang selaras dengan misinya melalui proses-proses berasaskan kesepakatan dari peringkat bawah ke atas.[2]
Pada 29 September 2006, ICANN menandatangai perjanjian baru dengan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (DOC) yang menggerakkan pertubuhan swasta ini ke arah pengurusan sepenuhnya bagi sistem pengecam terselaras pusat di Internet melalui model rundingan pelbagai pihak yang diwakili oleh ICANN.[3]
Rujukan
- ^ California Secretary of State, Internet Corporation for Assigned Names and Numbers Diarkibkan 2007-03-21 di Wayback Machine. Accessed 2009.09.18.
- ^ "MEMORANDUM OF UNDERSTANDING BETWEEN THE U.S. DEPARTMENT OF COMMERCE AND INTERNET CORPORATION FOR ASSIGNED NAMES AND NUMBERS". 25 Nov 98. Dicapai pada 2009-09-30. Check date values in:
|date=(bantuan) - ^ ICANN-DOC JPA 09-29-2006
Pautan luar
- ICANN website
- Memorandum of Understanding Between the Department of Commerce and the Internet Corporation for Assigned Names and Numbers
- ICANNWatch
- Site advocating the return of public representation in ICANN
- VeriSign Domain Report - Quarterly analysis of global domain name market
- DailyChanges.com — a free ICANN Registrar Statistics website
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
