Howard Carter

Howard Carter
Carter di Illnois, 1924.
Kelahiran(1874-05-09)9 Mei 1874
Meninggal dunia2 Mac 1939(1939-03-02) (umur 64)
Kensington, England
WarganegaraBritish
Terkenal keranaPenemuan makam firaun Tutankhamun
Kerjaya saintifik
BidangArkeologi dan egiptologi

Howard Carter (9 Mei 1874 – 2 Mac 1939) ialah seorang ahli arkeologi dan ahli kaji purba Mesir British. Beliau terkenal kerana menjumpai makam Firaun abad ke-14 SM, Tutankhamun.

Awal hidup

Howard Carter lahir di Kensington pada 9 Mei 1874 anak bongsu dari 11 adik beradik kepada pasangan suami isteri Samuel John Carter, pelukis dan pengilustrasi, dan Martha Joyce Sands. Ayahnya banyak memutik minat seni dalam Howard[1], lagi-lagi dengan pendidikan Howard yang agak terhad untuk pendapatan keluarganya.

Beliau dibesarkan bersama saudara-mara di bandar Swaffham, Norfolk.[2][3] Di bandar itu terdapat suatu rumah agam bernama Didlington Hall milik keluarga Amherst yang menyimpan banyak barangan antik Mesir lalu menggamit perhatian Howard terhadap ketamadunan ini. Bakat lukisan Howard banyak menarik perhatian baron Mary Rothes Margaret Cecil Hackney|Lady Amherst]] sehingga beliau mengundang Howatd menyertai suatu ekpedisi mencari makam-makam Kerajaan Pertengahan Mesir di Beni Hasan bersama rombngan Egypt Exploration Fund 1891.[4]

Makam Tutankhamun

Makam Tutankhamun

Carter digajikan oleh Lord Carnarvon untuk menyelia usaha ekskavasinya dari tahun 1907.[5] Niat Gaston Maspero, yang memperkenalkan kedua-dua Carter dan Carnarvon, adalah untuk memastikan yang Carter akan mengenakan kaedah dan sistem catatan arkeolgi moden.[6][7]

KV62 di Lembah Raja-raja

Carnarvon membiayai kerja-kerja Carter di Lembah Raja-raja dari tahun 1914, akan tetapi usaha itu tergendala akibat Perang Dunia Pertama sehingga tahun 1917, apabila kerja-kerja disambung semula. Selepas beberapa tahun mencari tanpa hasil, Carnarvon menjadi tawar hati dan, dalam tahun 1922, memberi Carter peluang terakhir dengan memberi wang untuk pencarian buat semusim lagi untuk mencari makam yang dikehendaki.[8]

Pada 4 November 1922, kumpulan eksvakasi Howard Carter menjumpai anak-anak tangga yang membawa kepada makam Tutankhamun (kemudian diberi designasi KV62). Makam ini merupakan makam yang paling terpelihara dan yang paling baik keadaanya di Lembah Raja-raja

Rujukan

  1. ^ Newberry 1939, m/s. 67.
  2. ^ {{cite web|url=http://www.aroundswaffham.co.uk/general/history%7Ctitle=Swaffham[pautan mati kekal] history|access-date=Retrieved 12 November 2013.
  3. ^ Swaffham museum Retrieved 20 May 2012.
  4. ^ Winstone 2006, m/s. 12–15.
  5. ^ Winstone, H. V. F. (2006). Howard Carter and the discovery of the tomb of Tutankhamun (ed. rev.). Manchester: Barzan. ISBN 1-905521-04-9.
  6. ^ David, Elisabeth (1999). Gaston Maspero 1846-1916: le gentleman égyptologue. Paris: Pygmalion; Gérard Watelet. ISBN 2-85704-565-4.
  7. ^ James, T. G. H. (1992). Howard Carter: the path to Tutankhamun. London: Kegan Paul. ISBN 0-7103-0425-0.
  8. ^ Carnarvon, Fiona (2011). Highclere Castle. Highclere Enterprises. m/s. 59.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.