Ho Ching
Ho Ching | |
|---|---|
| 何晶 | |
| Isteri Perdana Menteri Singapura | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2004 | |
| Perdana Menteri | Lee Hsien Loong |
| Didahului oleh | Tan Choo Leng |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 27 Mac 1953 Singapura |
| Pasangan | Lee Hsien Loong (berkahwin 1985) |
| Anak | Lee Xiuqi Lee Yipeng Lee Hongyi Lee Haoyi |
| Tempat belajar | Universiti Stanford |
Datin Paduka Seri Laila Jasa Ho Ching (Bahasa Cina: 何晶; pinyin: Hé Jīng; Wade-Giles: Ho2 Ching1; Yale Kantonis: Hòh Jīng) (lahir 27 Mac 1953) merupakan Pengerusi, CEO Temasek Holdings dengan aset US$50 bilion. Ho Ching ialah isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Hsien Loong juga Menteri Kewangan Singapura dan anak bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Syarikat Temasek Holdings telah membeli syarikat Shin Corp dari Perdana Menteri Thailand,Thaksin Shinawatra pada tahun 2006. Selepas pembelian ini, Thaksin berhadapan dengan rampasan kuasa dan dituduh rasuah dan belot kepada negara.
Ho Ching ialah anak sulung daripada empat adik-beradik, dan telah menerima pendidikannya di institusi-institusi pendidikan yang terulung seperti Maktab Rendah Kebangsaan (National Junior College atau NJC), dimana dia muncul sebagai pelajar terbaik (Student of the Year) serta Mahasiswi Presiden (President's Scholar). Bapanya ahli perniagaan bernama Hon Eng Hong dan Chan Chiew Ping . Pada 1985 beliau berkahwin dengan Lee Hsien Loong yang kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura pada 2004.
Pengiktirafan perniagaan
Pada tahun 2007, majalah Forbes telah meletakkan Ho Ching di tempat ke-3, 100 wanita Paling Berkuasa di Dunia dalam perniagaan, di luar Amerika Syarikat. Sebelum ini beliau diletakkan pada ranking ke-11 tahun 2005, ke-5 tahun 204 dan ke-10 tahun 2003.[1]
Selepas beliau membeli Shin Corp dari Thaksin, saham syarikat itu jatuh sebanyak 40 peratus.
Ho Ching mengembangkan perniagaan Temasek Holding terlalu pantas iaitu 27 peratus. pada mulanya nilai sahamnya US$80 bilion meningkat kepada AS$108 bilion. Banyak syarikat telekomunikasi dan perbankan di China dan India telah dibeli oleh Temasek Holding.
Rujukan
- ^ "World's Most Powerful Women". Forbes. Dicapai pada 17 November 2016.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.