Hello Health Group
Syarikat ini fokus dalam menyediakan informasi dan perkhidmatan kesihatan dalam bahasa tempatan[1], terutamanya di Asia Tenggara.[2]
Sejarah
Hello Health Group diasaskan oleh James Miles-Lambert pada tahun 2015[3]. Kumpulan ini kemudiannya melancarkan platform pertama mereka iaitu Hello Bacsi di Vietnam pada tahun yang sama.[4]
Pada tahun 2016, Hello Health Group menerima dana berjumlah US$1.5 juta[5]. Pelaburan ini diketuai oleh CMG.Asia dan disertai oleh pelabur-pelabur lain termasuk Charles Toomey, bekas Ketua Perkhidmatan Kesihatan Global di DKSH.[6]
Dalam tahun yang sama, Hello Health Group telah melancarkan Hello Sehat di Indonesia[7] dan Hello Doktor di Malaysia.[8]
Pada tahun 2017, Hello Sayarwon telah dilancarkan di Myanmar sebagai portal kesihatan yang paling lengkap dalam bahasa tempatan.[9]
Pada tahun 2018, Hello Health Group telah melancarkan Hello Khunmor di Thailand.
Pada tahun berikutnya, kumpulan ini telah menembusi 3 pasaran lain iaitu Hello Krupet di Kemboja,[10] Hello Yishi di Taiwan, dan Hello Swasthya di India. Dengan ini, Hello Health Group telah berjaya menembusi pasaran di luar Asia Tenggara.[11]
Pada masa yang sama, Hello Health Group turut berjaya mengambil alih[12] portal Marry Baby yang merupakan laman sesawang tentang keibubapaan daripada Ringier Group.[13]
Pada tahun 2020, syarikat ini telah melancarkan Hello Doctor di Filipina.[14]
Perkhidmatan
Hello Health Group bekerjasama rapat dengan pakar perubatan tempatan dan antarabangsa[15] dalam menyediakan informasi dan alat kesihatan dalam bahasa tempatan untuk membantu pembaca membuat keputusan yang tepat bagi perkara-perkara berkaitan kesihatan.[16]
Pada tahun 2022, syarikat ini telah melancarkan platform teleperubatan dan membolehkan tempahan janji temu secara atas talian di Vietnam[17], Indonesia dan Filipina.
Anugerah dan Akreditasi
Pada tahun 2019, Hello Health Group telah dianugerahkan Galen Growth Most Innovative HealthTech Startup in Asia dan juga menerima USD$100k daripada Google.[18]
Hello Bacsi, Hello Sehat[19] dan Hello Doktor merupakan antara laman sesawang di Asia Tenggara yang telah menerima HONcode certified - kod etika bagi laman sesawang yang menyediakan maklumat kesihatan.[20]
Rujukan
- ^ https://e.vnexpress.net/news/business/novartis-partners-launch-digital-patient-awareness-programs-4339046.html
- ^ https://e27.co/singapores-hello-health-group-raises-us1-5m-bring-healthcare-information-average-southeast-asian-20160629/
- ^ https://news.galengrowth.com/healthtech-startup-hello-health-group-empowering-millions-consumers-across-asia-informed-health-decisions/
- ^ https://web.archive.org/web/20200907045935/https://www.manilatimes.net/2020/06/28/business/sunday-business-i-t/never-stand-still/735935/
- ^ https://biotechinasia.com/2016/07/08/hello-health-group-closes-seed-round-of-usd-1-5-million/
- ^ https://e27.co/singapores-hello-health-group-raises-us1-5m-bring-healthcare-information-average-southeast-asian-20160629/
- ^ https://www.komite.id/2016/09/25/hellosehat-com-berekspansi-ke-malaysia-meluncurkan-hellodoktor-com/
- ^ https://web.archive.org/web/20161013192816/https://www.dealstreetasia.com/stories/hello-health-enters-malaysia-with-launch-of-hellodoktor-com-53700
- ^ https://www.mmtimes.com/news/health-care-just-click-away.html
- ^ https://dap-news.com/national/2020/01/17/25602/
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-01. Dicapai pada 2019-10-01.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-01. Dicapai pada 2019-10-01.
- ^ https://www.ringier.com/singapores-hello-health-group-takes-over-the-marry-network-from-ringier-vietnam/
- ^ https://e27.co/news-roundup-asias-digital-health-company-hello-health-launches-in-the-philippines-under-hello-doctor-20200528/
- ^ https://e.vnexpress.net/news/business/novartis-partners-launch-digital-patient-awareness-programs-4339046.html
- ^ https://news.galengrowth.com/hello-health-launches-its-9th-country-with-the-launch-of-hello-doctor-in-the-philippines/
- ^ https://dantri.com.vn/suc-khoe/dich-vu-dat-lich-tham-kham-voi-bac-si-247-truc-tuyen-tu-hellobacsi-20220326065641824.htm
- ^ https://web.archive.org/web/20200807030014/https://news.galengrowth.com/press-release/hello-health-group-wins-galen-growths-most-innovative-healthtech-startup-in-asia-award/
- ^ https://inet.detik.com/business/d-3249570/hellosehat-disuntik-rp-20-miliar
- ^ https://biotechinasia.com/2016/07/08/hello-health-group-closes-seed-round-of-usd-1-5-million/
Pautan Luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.