Hebron
Hebron
חֶבְרוֹן الخليل al-Khalil al-Halil | |
|---|---|
Bandar Hebron | |
![]() Peta interaktif bagi Hebron | |
| Territory | Tebing Barat |
| Kerajaan | |
| • Mayor | Mustafa Abdel Nabi |
| Ketinggian | 930 m (3,050 ft) |
| Penduduk (2006) | |
• Jumlah | 166,000 |
| Zon waktu | UTC+2 (IST) |
| • Musim panas (WMP) | UTC+3 (IDT) |
| Tapak sesawang | hebron-city |
Hebron (Arab: الخليل, ⓘ; Ibrani: חֶבְרוֹן ⓘ) merupakan sebuah bandar di kawasan Tebing Barat, Palestin yang dicerobohi Israel. Di sinilah terletaknya Bukit Hebron.
Hebron didiami oleh 166,000 penduduk Palestin dan seramai 700 penduduk Israel. Ia dianggap bandar kedua paling suci oleh penganut agama Yahudi selepas Baitulmaqdis.
Nama "Hebron" berasal daripada perkataan bahasa Ibrani Haver, yang bermaksud "rakan". Dalam bahasa Arab pula, nama "al-Khalil" berasal daripada إبراهيم الخليل (Ibrahim al-Khalil) yang merujuk kepada Allah memilih Nabi Ibrahim a.s. sebagai rakan-Nya menurut agama Islam.
Hebron terkenal kerana merupakan lokasi Al-Haram Al-Ibrahimi (bahara Arab: الحرم الإبراهيمي, bahasa Ibrani: מערת המכפלה, Me'arat HaMachpela, bahasa Inggeris: Cave of the Patriarchs), sebuah tempat suci bagi agama agama Yahudi, Kristian dan Islam. Al-Haram Al-Ibrahimi merupakan makam Nabi Adam a.s. dan Hawa (Adam dan Eve), Nabi Ibrahim a.s. dan Sara (Abraham dan Sarah), Nabi Ishak a.s. (Isaac dan Rebekah) dan Nabi Ya'akub a.s. (Jacob dan Leah).
Terletak 30 km selatan dari Baitulmaqdis, hasil Hebron terkenal termasuklah anggur, batu kapur, tembikar dan barang kaca hiasan. Di sini juga terdapat dua universiti, iaitu Universiti Hebron dan Universiti Politeknik Palestin.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
