Hebrides

Peta menunjukkan kelompok-kelompok pulau Hebrides Dalam (Inner Hebrides, berwarna merah) and Hebrides Luar (Outer Hebrides, berwarna jingga)

Hebrides [ˈhɛbrᵻdiːz; hé-bri-diz](Gaelik Scotland: Innse Gall) ialah suatu rantau di pesisir barat tanah besar Scotland, United Kingdom yang terdiri daripada kepulauan yang bertaburan meluas dan pelbagai. Terdapat dua gugusan pulau utama yang membentuk kepulauan ini iaitu Hebrides Dalam (Inner Hebrides) dan Hebrides Luar (Outer Hebrides).

Kepulauan ini banyak menyaksikan sejarah kepada banyak kuasa yang menakluk kawasan ini (dari bangsa Celt ke bangsa-bangsa Norse dan Inggeris) sehingga banyak mempengaruhi budaya setempat di sana. Ia sendrinya merupakan tanah asal memekar budaya Gael dari tradisi muziknya kepada bahasa Gaelik Scotland yang merupakan bahasa asli di Scotland.

Geografi

Gugusan kepulauan ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama yang dipisahkan antara satu sama lain oleh suatu selat di bahagian utara benama The Minch dan Laut Hebrides ke selatan:

  • Hebrides Dalam (Inner Hebrides) terletak lebih dekat ke tanah besar Scotland dan termasuk Islay, Jura, Skye, Mull, Raasay, Staffa dan Kepulauan Kecil. Terdapat 36 pulau yang didiami dalam kumpulan ini.
  • Hebrides Luar (Outer Hebrides) adalah rantaian lebih dari 100 pulau dan keranjang kecil yang terletak kira 70 kilometer (43 bt) kira 70 kilometer (43 bt) barat Scotland daratan. Hanya 15 pulau yang didapati didiami menusia. Pulau-pulau utama termasuk Barra, Benbecula, Berneray, Harris, Lewis, Uist Utara, Uist Selatan, dan St Kilda.

Secara keseluruhannya, kedua-dua gugusan pulau ini mempunyai keluasan kira-kira 7,200 kilometer persegi (2,800 bt2) dengan kependudukan sebanyak 44,759 orang.

Iklim

Rantau kepulauan ini mempunyai iklim sejuk yang dirasai sangat sederhana dan stabil jika melihat kedudukan pada latitud utara, hal kerana pengaruh Arusan Teluk. Ssuhu purata tahunan gugusan Hebrides Luar ialah 6° C (44° F) pada bulan Januari dan 14° C (57° F) pada musim panas.

Purata hujan turun di Lewis adalah 1,100 milimeter (43 in) manakala panjang dedahan jam cahaya matahari dikira dari sekitar 1,100 hingga 1,200 hari setahun (13%). Hari-hari musim panas agak panjang di mana bulan-bulan Mei hingga Ogos merupakan tempoh disukat bercuaca paling kering. [1]

Rujukan dan nota kaki

  1. ^ Thompson (1968) pp. 24–26

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.