Haw Chin Teck

Haw Chin Teck
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
bagi Tangkak
Menyandang jawatan
11 Julai 2026
Didahului oleh Ee Chin Li
Majoriti3,182 (2026)
Maklumat peribadi
Lahir (1970-09-29) 29 September 1970 (umur 55)[1]
Melaka, Malaysia
Parti politik Persatuan Cina Malaysia
PekerjaanAhli politik, peguam

Datuk Haw Chin Teck (Cina: 侯振德) merupakan seorang ahli politik dan peguam Malaysia daripada Persatuan Cina Malaysia (MCA), sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN), yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor bagi kawasan Tangkak sejak Julai 2026 [2]. Beliau terpilih selepas memenangi Pilihan Raya Negeri Johor 2026 [3].

Latar Belakang dan Kehidupan Peribadi

Haw Chin Teck dilahirkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal serta menengah di Johor. Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, sebelum ditauliahkan sebagai peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya [4].

Atas sumbangan beliau, beliau telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 2017 [1].

Kerjaya Profesional dan Politik

Haw Chin Teck memulakan kerjaya sebagai peguam bertauliah dan mengendalikan pelbagai kes sivil serta komersial sejak pertengahan tahun 1990-an [5]. Dalam bidang politik, beliau menjawat jawatan sebagai Pengerusi MCA Bahagian Ledang [6].

Pada Pilihan Raya Negeri Johor 2026, beliau dicalonkan mewakili Barisan Nasional bagi kerusi DUN Tangkak. Dalam pertembungan satu lawan satu, beliau menewaskan penyandang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Ee Chin Li, dengan meraih 14,010 undi berbanding 10,828 undi yang diperoleh lawannya, dengan majoriti sebanyak 3,182 undi [7].

Sebagai ADUN Tangkak, beliau memperkenalkan inisiatif tempatan yang dikenali sebagai *"Tangkak First"* bagi mempromosikan produk serta agropelancongan di kawasan berkenaan [8].

Keputusan Pilihan Raya

Dewan Negeri Johor
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2026 N10 Tangkak Haw Chin Teck (MCA) 14,010 56.41% Ee Chin Li (DAP) 10,828 43.59% 25,177 3,182 68.13%

Anugerah

Pautan Luar

Rujukan

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.