Hanjin

Sebuah kapal kontena Hanjin, Hanjin Athens.

Hanjin Group (한진 그룹) ialah sebuah konglomerat Korea Selatan, atau "Chaebol". Kumpulan ini memiliki syarikat perkapalan Hanjin Shipping (termasuk Hanjin Logistics) dan syarikat penerbangan,Korean Air (KAL) yang diambil alih pada tahun 1969. Dengan pegangan majoritinya dalam Senator Lines, Hanjin-Senator ialah syarikat pengangkutan dan perkapalan kontena yang kelapan terbesar di dunia.

Sejarah

Sejarah Hanjin bermula selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua pada 1 November 1945. Di awal penubuhannya, pelanggan terbesar Hanjin ialah Tentera Darat Amerika Syarikat, yang menjadi pengguna utama khidmat pengangkutan barangan ke Korea dan Vietnam. Syarikat ini menandatangani kontrak utama dengan Tentera Darat ke-8 Amerika Syarikat pada bulan November 1956, dan satu lagi kontrak dengan keseluruhan Angkatan Tentera Amerika Syarikat di Vietnam, termasuk Tentera Laut Amerika Syarikat dan Tentera Udara Amerika Syarikat. Pada bulan November 1969, Hanjin memasuki perniagaan perkapalan kontena selepas menandatangani perjanjian dengan Sea-Land Service,Inc. Ia membuka laman kontena pertamanya kurang daripada setahun kemudiannya , pada bulan September 1970, di Pelabuhan Pusan.

Pada penghujung tahun 70-an, syarikat ini mula memasuki pasaran Timur Tengah selepas menandatangani kontrak dengan kerajaan Kuwait di pelabuhan Shuwaik (September 1977), dengan Arab Saudi di pelabuhan Dammam (Mac 1979) dan di pelabuhan Jeddah (Mei 1980).

Pada bulan Mac 1990, syarikat ini mula menerokai pasaran trak dan gudang dengan pembelian Korea Freight Transport Company. Dua tahun kemudian, pada bulan Jun 1992, ia menubuhkan Hanjin Express, yang menyediakan perkhidmatan kurier.

Subsidiari tersenarai di bursa saham

  • Hanjin Heavy Industries & Construction
  • Hanjin Shipping
  • Hanjin Transportation
  • Korea Airport Service
  • Korean Air
  • Meritz Investment Bank

Subsidiari yang lain

  • Meritz Fire & Marine Insurance
  • Hanil Country Club/Hanil Leisure
  • Hanjin Information System & Telecommunication
  • Hanjin Travel Service
  • Hankuk Aviation University
  • Inha University
  • Inha University Hospital
  • Jeongseok Education Foundation
  • Jeongseok Enterprise
  • Jin Air
  • KAL Catering
  • Keoyang Shipping
  • Korea Engineering Consultant
  • Korean French Banking
  • Senator Lines
  • TOPAS-Total Passenger Service System
  • TRAXON-Global Logistics System Korea

Lihat juga

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.