Grenadier

Seorang grenadier daripada Pengawal Lama sekitar tahun 1812 oleh Édouard Detaille

Seorang grenadier (/ˌɡrɛnəˈdɪər/ GREN-ə-DEER, Perancis: [ɡʁənadje] ; berasal daripada perkataan grenade)[1] secara sejarahnya ialah seorang askar pakar serangan yang melemparkan bom tangan (hand grenade) dalam pertempuran operasi pengepungan. Fungsi tempur khusus grenadier telah diwujudkan pada pertengahan abad ke-17, apabila grenadier direkrut daripada kalangan askar yang paling kuat dan besar. Menjelang abad ke-18, grenadier yang dikhususkan untuk melemparkan bom tangan menjadi pakar yang kurang diperlukan, namun dalam pertempuran, grenadier merupakan askar yang berbadan tegap yang mengetuai serangan barisan hadapan, seperti menyerbu kubu pertahanan dalam perang pengepungan.

Negara tertentu seperti Perancis (Grenadiers à Cheval de la Garde Impériale) dan Argentina (Rejimen Grenadier Berkuda) menubuhkan unit Grenadier Berkuda, dan untuk satu tempoh Tentera British mempunyai Pengawal Grenadier Berkuda. Sama seperti rakan setara infantri grenadier mereka, askar berkuda ini dipilih berdasarkan saiz dan kekuatan mereka (kavalri berat). Dalam peperangan moden, seorang grenadier ialah askar yang dilengkapi dengan pelancar bom, sama ada sebagai senjata kendiri atau dipasang pada senjata perkhidmatan yang lain.

Rujukan

  1. ^ "grenadier". Dicapai pada 30 Mac 2018 – melalui The Free Dictionary.

Sumber

  • Gudmundsson, Bruce I., Hyland, William, Stormtroop Tactics: Innovation in the German Army, 1914-1918, Greenwood Publishing Group, Incorporated, 1995
  • Velichko, Konstantin; Novitsky, Vasily; Schwartz, Alexey von; Apushkin, Vladimir; Schoultz, Gustav von (1912). "Гренадеры" [Grenadiers]. Sytin Military Encyclopedia (dalam bahasa Rusia). VIII: Гимры – Двигатели судовые. Moscow: Типография Т-ва И. Д. Сытина. Dicapai pada 30 September 2023.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.