Grafik komputer

Grafik komputer (bahasa Inggeris: computer graphics) ialah sebahagian daripada sains komputer yang berkaitan dengan pembuatan dan manipulasi gambar (visual) secara digital melalui peranti komputer.[1] Bentuk perantaraan grafik komputer ialah grafik komputer 2D yang kemudian berkembang menjadi grafik komputer 3D, pemprosesan imej, dan pengecaman pola. Grafik komputer sering dikenali juga dengan istilah visualisasi data.
Aplikasi grafik komputer
Grafik komputer boleh digunakan di pelbagai bidang kehidupan, bermula daripada bidang seni, sains, perniagaan, pendidikan dan juga hiburan. Berikut ialah bidang aplikasi tertentu dari grafik komputer:
- Antara muka pengguna ( Graphical User Interface - GUI)
- Peta
- Kesihatan
- Reka bentuk objek (Computer Aided Design - CAD)
- Sistem multimedia
- Persembahan grafik
- Persembahan saintifik
- Pemprosesan imej
- Simulasi
Pembahagian bidang ilmu grafik komputer
Bahagian grafik komputer meliputi:
- Geometri: mempelajari cara menggambarkan permukaan bidang
- Animasi: mempelajari cara menggambarkan dan memanipulasi gerakan
- Rendering: mempelajari algoritma untuk memaparkan kesan cahaya
- Pengimejan: mempelajari cara pengambilan dan penyuntingan gambar.
Geometri
Bidang geometri mempelajari perwakilan objek tiga-dimensi dalam tetapan digital diskret. Disebabkan gambaran objek sebahagian besar bergantung kepada bahagian luarnya, perwakilan tepi banyak digunakan. Permukaan dua dimensi ialah perwakilan yang baik bagi sebahagian besar objek.
Rujukan
- ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "grafik". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 19-20. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
- Suyoto. Teori dan Pemrograman Grafika Komputer, 2003. Penerbit Gava Media.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.