Glock

Glock GmbH
Nama asliGlock Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahSwasta
IndustriIndustri senjata
Ditubuhkan1963[1]
PengasasGaston Glock Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatDeutsch-Wagram, Austria
Tokoh pentingGaston Glock, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif
KeluaranSenjata api
Pisau
PemilikQ22675000, Helga Glock, Gaston Glock Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan1,325 (2015) Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatGlock Inc. Sunting ini di Wikidata
Tapak webhttp://www.glock.com
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Glock GmbH (cap dagang GLOCK) merupakan sebuah pengeluar senjata yang berpusat di Deutsch-Wagram, Austria. Firma Glock dinamakan sempena nama pengasasnya iaitu Gaston Glock. Firma ini sangat terkenal dengan produk pistol berkerangka polimernya. Glock juga menghasilkan peralatan seperti pisau tempur dan peralatan kubu selain menjadi penaja bagi pasukan menembak yang mempromosi firma ini di seluruh dunia.

Senjata api buatan Glock telah digunakan oleh sebahagian besar agensi penguatkuasa dan anggota tentera di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Senjata api Glock juga sangat digemari oleh orang awam terutamanya untuk digunakan sebagai senjata perlindungan diri dan latihan menembak. Pada masa sekarang, Glock menghasilkan senjata tangan Model 35. Pasukan tentera pelbagai negara yang diketuai oleh A.S telah membekalkan pasukan tentera dan polis Iraq dengan pistol Glock.

Sejarah

Syarikat GLOCK telah ditubuhkan pada 1963,[1] dan bermula sebagai pengeluar rod tirai sebelum terlibat dalam industri senjata pada 1970-an dengan menghasilkan rantai mesingan, bom tangan latihan, kelopak plastik, pisau medan dan peralatan kubu untuk Tentera Darat Austria.[1] Pada awal 1980-an, apabila Tentera Darat Austria memohon model pistol, Glock telah membalas dengan model Glock 17,[2] sebuah pistol semi-automatik yang berkaliber 9 mm (no. 17 bermaksud pistol ini merupakan paten ke-17 milik Gaston Glock). Tentera Darat Austria kemudian mula menggunakan Glock 17 pada 1982[1] sementara Tentera Darat Norway mula menggunakannya pada 1984. Setahun kemudian, Glock Inc. telah ditubuhkan di Smyrna, Georgia Amerika Syarikat.

Produk

Pistol tangan

Glock 22 dengan kerangka berwarna zaitun

Glock merupakan senjata api yang biasa digunakan oleh agensi penguatkuasa undang-undang dan anggota tentera di seluruh dunia. Kepopularan pistol Glock disumbangkan oleh beberapa faktor. Berdasarkan maklum balas pengguna, pistol ini memiliki kebolehpercayaan yang tinggi. Ia masih boleh digunakan di bawah keadaan ektreme serta berupaya untuk menggunakan pelbagai jenis peluru. Rekabentuknya yang ringkas banyak menyumbang kepada faktor ini, terutamanya disebabkan ia memiliki jumlah bahagian-bahagian kecil yang kurang (hampir separuh daripada piston biasa yang lain) menjadikan ia lebih mudah diselenggara dan dibaiki.

Pisau

Glock Feldmesser FM 78

Glock kini mengeluarkan dua model pisau. Field Knife 78 yang merupakan sebuah pisau klasik, dengan bilah sepanjang 6.5 inchi (165 mm) dan panjang keseluruhan adalah 11.4 inch (290 mm). Survival Knife 81 memiliki panjang yang sama tetapi mata bergeriji telah ditambah di bahagian belakangnya. Kedua-dua pisau disadur dengan fosfat dan mempunyai sarung polimer yang berwarna zaitun, sawo matang (perang) dan hitam.[3]

Anak syarikat

Anak syarikat antarabangsa Glock kini adalah:

  • Glock America N.V. (Uruguay)
  • Glock France S.A.
  • Glock, Inc. (Amerika Syarikat)
  • Glock (H.K.) Ltd. (Hong Kong)

Rujukan

  1. ^ a b c d www.GlockFaq.com. "Garis masa syarikat Glock". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-09-26.
  2. ^ www.gunsandammomag.com. "Of Polymer and Progress". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-28. Dicapai pada 2008-10-16.
  3. ^ Glock. "Laman produk pisau dipakai di luar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2007-09-26.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.