Gerimander

Gerimander[1] merupakan hasil daripada pengolahan sempadan kawasan mengundi agar ia memberi kelebihan kepada pihak atau kelompok tertentu untuk tujuan politik (penentuan sempadan pilihan raya, persempadanan / penyempadanan semula atau gerrymandering)[2][3]
Konsep persempadanan ini pertama kali digambarkan dalam akhbar Boston Gazette pada 26 Mac 1812 melalui istilah asal dalam bahasa Inggeris iaitu gerrymander atau Gerry-mander: Gerry merujuk kepada Elbridge Gerry (disebut [gé-ĕ-ri]; 1744–1814), Gabenor negeri Massachusetts yang meluluskan rang undang-undang persempadanan semula daerah-daerah mengundi senat negeri tersebut pada tahun 1812 bagi memberi kelebihan kepada Parti Demokratik-Republikannya; manakala komponen mander (daripada perkataan "salamander" ) pula merujuk kepada bentuk haiwan yang kelihatan ketara pada Essex Selatan,[4] salah satu daerah mengundi senat dalam kawasan Boston, setelah persempadanan baru tersebut dilakukan.[5]
Kesan
Taktik persempadanan ini berkesan kerana kesan "undian yang terbazir" (wasted vote), yakni undian yang tidak menyumbang kepada pemilihan seseorang calon kerana ia sedikit sahaja memenuhi minimum yang diperlukan untuk kemenangan calon tersebut mahupun kerana kekalahan calon tersebut.
Pemindahan sempadan ini membawa pengundi yang membangkang kepada daerah-daerah yang diyakini akan dimenangi parti yang menyandang lalu undi yang selebihnya terbazir begitu sahaja, manakala ada daerah lain yang begitu dihadkan bilangan undi minoriti yang diperlukan lalu undian minoriti untuk calon yang kalah juga menerima nasib yang sama. Daerah-daerah ini membentuk majoriti yang disempadankan agar keputusan memihak kepada parti yang menyandang.[6]
-
Cara mengubah kawasan mengundi serta kesan atau dampak terhadap keputusan undian diraih
Rujukan
- ^ "'gerimander' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 29 Mac 2018.
- ^ "'gerrymandering' - Istilah MABBIM". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 29 Mac 2018.
- ^ Muhammad Fathi Yusof (2016). Pengendalian Pilihan Raya Malaysia. perpustakaan negara malaysia: universiti teknologi malaysia. m/s. 40. ISBN 9789835212130.
- ^ Martis, Kenneth C. (2008). "The Original Gerrymander". Political Geography. 27 (4): 833–839. doi:10.1016/j.polgeo.2008.09.003.
- ^ Griffith, Elmer (1907). The Rise and Development of the Gerrymander. Chicago: Scott, Foresman and Co. m/s. 72–73. OCLC 45790508.
- ^ "Gerrymandering | politics". Encyclopaedia Britannica.
Pautan luar
- Honner, Patrick (1 Januari 2018). "The Math Behind Gerrymandering and Wasted Votes". WIRED.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.