Gasing uri

Gasing uri merupakan sejenis gasing[1] yang popular di negeri Kelantan. Gasing uri mempunyai badan asas yang kecil sahaja dan dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai dengan menggunakan timah, besi, atau plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memangkah.[2] Gasing ini kecil tetapi berat.

Gasing uri mempunyai bentuk yang rendah dan agak leper dengan berat sekitar 3 kg. gasing uri mempunyai lilitan sekitar 60 cm dengan ketinggian 8 cm.

Cara permainan gasing Uri di Kelantan

Gasing uri biasanya dimainkan dengan kaedah pertandingan antara dua kumpulan biasanya melibatkan dua kampung samada di daerah yang sama atau berlainan. Pada kebiasaannya terdapat kampung lain yang akan cenderung untuk membantu kampung yang dianggap sekutu dalam permainan ini. Setiap kumpulan biasanya akan mempertandingan tujuh set gasing uri untuk satu permainan. Untuk permainan gasing ini, gasing yang dililit dengan tali akan dilempar ke atas bong ( tempat gasing mendarat diperbuat daripada tanah liat yang dimampatkan, berbentuk segi empat dengan saiz lebih kurang 2 kaki persegi)dan dengan cepat sorang tukang cokak akan menceduk gasing dengan menggunakan penceduk daripada kayu dan terus diletakkan di atas lopak (tempat gasing berputar) dan sedikit pelincir diberi. Format permainan ialah setiap kumpulan akan bergilir-gilir melempar (putar) gasing uri sehingga habis tujuh set masing-masing. Kumpulan yang mempunyai gasing paling lama berputar akan memenagi permainan tersebut (gasing uri biasanya berputar lebih kurang 2 jam). Untuk setiap pusingan pertandingan (satu hari) bisanya ada 5 permainan, semuanya bergantung kepada perbincangan antara dua pihak. Permainan yang paling penting ialah game terakhir kerana kemenangan pada game terakhir akan menobatkan pasukan sebagai juara dan akan menjadi tuan rumah untuk pusingan seterusnya sehingga pasukannya kalah barulah tuan rumah bertukar. Pasukan yang kalah berturut-turut selama 7 pusingan dikehendaki menbayar ufti berupa 7 set gasing uri lengkap. Permainan biasanya dilangsungkan dua minggu sekali dan melibatkan tempoh masa selama 2 tahun atau bengantung pada perbincangan antara kedua-dua pihak.

Rujukan

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.