Garuda

Garuda
ݢرودا
Garuḍa (Skt.) Garuḷa (Pl.)
Lukisan Garuda versi Bali.
Karya I Made Tlaga, seniman Bali abad ke-19. Sekarang lukisan ini disimpan di Universitas Leiden.
Nama lainKaśyapi; Wainateya;
Suparṇna; Garutmān;
Dakṣāya; Śālmalin;
Tārkṣya; Wināyaka;
dan lain-lain.
Devanagariगरुड
GabunganBurung; Setengah dewa

Garuda (Bahasa Sanskrit; Bahasa Jawa; Bahasa Bali: garuḍa गरुड; Bahasa Pali garuḷa; Bahasa Burma: ဂဠုန် ɡəlòuɴ; Bahasa Tamil: karutan; Bahasa Thailand; Bahasa Lao; Bahasa Khmer: ครุฑ khrut; Bahasa Mongol: garid гарьд) merupakan burung gergasi mitos atau makhluk seperti burung yang wujud dalam mitos Hindu dan Buddha.

Dari pandangan India, Garuda merupakan nama Hindu bagi buruj Aquiladan "Brahminy kite" di anggap sebagai perwakilan kini bagi Garuda.[1]

Indonesia mengambil pendekatan lebih stylis bagi gambaran Garuda sebagai simbol kebangsaannya, di mana ia menggambarkan helang (lebih besar berbanding "Brahminy kite").[2] Ia juga dikenali ramai sebagai syarikat pengangkutan udara Indonesia, Garuda Indonesia. Garuda juga turut merujuk kepada Pasukan Bola Sepak Indonesia National dalam perlawanan antarabangsa, sebagai Pasukan Garuda. [3]

Dalam Hindu

Vishnu dan Lakshmi menunggang Garuda - Lukisan di LACMA dari Rajasthan, Bundi, sekitar 1730
Gambaran Garuda di Kuil Gunjanarsimhaswamy, T.Narsipur, Karnataka

Dalam agama Hindu, Garuda merupakan dewa kecil tunggangan (vahanam) dewa Vishnu. Garuda digambarkan sebagai memiliki tubuh keemasan dengan badan sasa lelaki bermuka putih, bersayap merah, berparuh lang dengan mahkota pada kepalanya. Dewa silam ini dikatakan besar, cukup besar untuk melindungi matahari.

Garuda diketahui sebagai musuh temurun kepada keturunan ular Nāga dan diketahui makan hanya ular, tabiat yang mungkin merujuk kepada "Short-toed Eagle" sebenar di India. Gambaran Garuda seringkali digunakan sebagai tangkal atau sihir bagi melindungi pemakainya daripada serangan ular dan racunnya, kerana raja burung merupakan musuh ketatnya dan "pemakan ular". Garudi Vidya merupakan jampi menentang racun ular bagi menghapuskan pelbagai jenis kejahatan.[4]


Galeri

Nota

  1. ^ Russel, RV & Lal, H. 1916 The tribes and castes of the central provinces of India. Published Under the Orders of the Central Provinces Administration In Four Volumes Vol. I. Macmillan and Co., Limited St. Martin’s Street, London. pp. 2231
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-27. Dicapai pada 2011-04-03.
  3. ^ Garuda Team, http://www.google.co.nz/search?q=tim+garuda&hl=en&prmd=ivnsfd&source=lnms&tbm=isch&ei=_T2WTaaVBY_EsAO6-om7BQ&sa=X&oi=mode_link&ct=mode&cd=2&sqi=2&ved=0CBYQ_AUoAQ&biw=1920&bih=878
  4. ^ Shakti Sadhana[pautan mati kekal]

Pautan luar

Templat:Heraldic creatures

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.