Fulus Mania!
Fulus Mania! (dahulunya dikenali sebagai Durian Runtuh) merupakan sebuah rancangan interaktif di Astro Ria. "Fulus" (Bahasa Arab:فلس ) bermaksud duit dalam Bahasa Arab. Fulus Mania! disiarkan pada pukul 7.30 malam setiap hari di Astro Ria.
Format
Penonton boleh menjawab soalan dengan menghantar SMS atau melalui talian tetap. Caranya mudah sahaja.
Talian tetap - Dail 13777 dan letakkan gagang telefon selepas selesai. Anda boleh berbuat sedemikian secara berulangkali untuk memastikan peluang kemenangan anda cerah. Dapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga anda terlebih dahulu jika anda masih belum mencapai had umur 18 tahun. Ini untuk memastikan tidak berlaku sebarang masalah yang tidak diingini.
Sistem pesanan ringkas - Taip FM, hantar ke 32999. Tunggu arahan selanjutnya. Anda boleh berbuat sedemikian secara berulangkali untuk memastikan peluang kemenangan anda cerah. Dapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga anda terlebih dahulu jika anda masih belum mencapai had umur 18 tahun. Ini untuk memastikan tidak berlaku sebarang masalah yang tidak diingini.
- Kadar caj telco yang dikenakan ialah RM3.00 per panggilan/sms.
Namun, penonton yang ke-50 pertama sahaja akan diberi peluang keemasan itu daripada semua yang mencuba nasib itu dengan syarat jawapannya mestilah tepat, spesifik, lengkap, dan tidak bercanggah dengan jawapan sebenarnya. Contohnya, memberikan jawapan dalam bahasa Melayu yang piawai sahaja. Sekiranya penonton ke-50 yang pertama tidak dapat menjawab dengan betul maka permainan itu akan dibuka pula kepada penonton ke-50 seterusnya yang akan dihubungi pada bila-bila masa untuk memberi keadilan kepada semua penonton yang mencuba nasib juga mengatasi ketidakpuashati yang dialami penonton sekiranya format pemanggil dapat menjawab selepas tamat sesebuah tempoh yang diberikan dilaksanakan secara terus-menerus maka sebab itulah ia ditukar. Permainan akan tamat apabila jawapan dapat dijawab dengan betul ataupun masa rancangan sudahpun hampir tamat. Setiap pemenang akan diberikan sejumlah wang serta hadiah yang ditawarkan(berubah-berubah secara terkini).
Pengacaranya terdiri daripada anak muda seperti Reza Mohamed, Farish Aziz, Dira, Adi Fashla, dan Burn AF1. Kadangkala terdapat juga tetamu jemputan untuk mengacarakan bersama hos untuk rancangan ini.
Trivia
- Tiada rehat komersial bagi memberi laluan menyiarkan iklan komersial semasa rancangan Fulus Mania! ke udara kerana rancangan ini disiarkan secara langsung dan memperuntukkan masa rancangan berkenaan sebaik-baiknya.
- Perubahan nama rancangan ini, Durian Runtuh telah diubah pada bulan Mac 2007 kepada Fulus Mania!
- Memberi peluang kepada penonton yang ke-50 bukannya penonton yang ke-100 berikutan Malaysia telahpun mencapai kemerdekaan yang ke-50.
- Wang kemenangan minimum bagi satu-satu soalan ialah RM500 sekurang-kurangnya.
- Fulus Mania! berehat selama sebulan ketika bulan Ramadhan dan beberapa hari permulaan bulan Syawal untuk menghormati umat Islam menjalani ibadah berpuasa di samping mengerjakan amalan-amalan keagamaan seperti solat Tarawih.
- Set lokasi penggambaran rancangan Fulus Mania! berubah wajah selepas berehat selama sebulan sempena bulan Ramadhan.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.