Frigat

Friget layar
Surcouf, sebuah frigat daripada kelas La Fayette milik Tentera Laut Perancis

Frigat [fri-gat] ialah sejenis kapal perang yang biasa digunakan oleh banyak tentera laut sejagat. Istilah ini digunakan bagi merujuk kapal perang pelbagai saiz dan peranan sejak beberapa kurun dahulu.

Pada kurun ke-18, istilah ini merujuk kepada kapal yang memiliki panjang yang sama dengan ship-of-the-line dan layar bersegi empat pada kesemua tiga tiang layarnya (layar penuh), tetapi lebih laju dan memiliki persenjataan yang lebih ringan. Kapal ini digunakan bagi tujuan rondaan dan pengiring. Dalam kebanyakan kes, frigat memiliki hanya satu dek persenjataan, sementara ships-of-the-line pula mempunyai dek meriam yang lebih banyak.

Pada akhir kurun ke-19 (dengan mula pembinaan kira-kira 1,858 buah prototaip oleh Tentera Laut Diraja Britain dan Tentera Laut Perancis), frigat berperisai menjadi sejenis kapal perang berperisai yang paling berkuasa pada masa itu.

Dalam tentera laut moden, frigat digunakan bagi melindungi kapal-kapal perang dan dagang lain, terutamanya sebagai penempur peperangan anti-kapal selam (ASW) bagi pasukan penjelajahan amfibia, kumpulan bantuan dan konvoi dagang. Bagaimanapun, kapal yang dipanggil sebagai "frigat" juga lebih menyerupai korvet, pembinasa, penjajap dan juga kapal tempur.

Pangkat Kapten Frigat terbit daripada nama jenis kapal ini.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.