Formula X

Formula X
GenreAnimasi, Sukan
Dibangunkan oleh
Centraline Animation Sdn Bhd
Negara asal Malaysia
Republik Rakyat China China
BahasaKantonis/Mandarin
Bilangan musim1
Bilangan episod20 (televisyen)
100 (mobisode)
Penyiaran
Saluran asalMalaysiaHong KongRepublik Rakyat ChinaSaluran Jia Yu
Malaysia RTM2

Formula X (Bahasa Cina: 超级方程式; pinyin: chāo jí fāng chéng shì) ialah sebuah siri animasi buatan usahasama Malaysia-China. Siri animasi ini ditayangkan di Saluran Jia Yu dalam siaran dwibahasa, iaitu bahasa Mandarin dan Kantonis. Selain itu, Formula X juga ditayangkan dalam versi alih suara Bahasa Malaysia di RTM2 pada pagi hari biasa sempena cuti sekolah akhir tahun 2007.

Tajuk dan tema "Formula X" diilhamkan oleh Formula Satu, dan tajuk bahasa Cinanya pula diterjemah sebagai "formula luar biasa", juga berteraskan nama bahasa Cina bagi Formula Satu (一级方程式).

Formula X disajikan dalam dua format berbeza, iaitu 20 episod 22 minit (bagi televisyen biasa), dan 100 sedutan 4-5 minit (mobisodes, bagi televisyen dalam telefon bimbit).

Plot

Peristiwa Formula X terjadi pada masa akan datang, iaitu tahun 2014, dalam latar tempat yang serba canggih teknologinya.

Masa berlalu dengan pantas sehingga tidak terasa debaran musim baharu perlawanan. Kumpulan Finex yang diterajui oleh Sam dan anak perempuannya, Faye mula mencari pelumba yang digelar 'King' untuk menyertai mereka menggantikan Wei yang beralih arah. Kejutan menerjah apabila mereka mengetahui bahawa 'King' sebenarnya adalah Guang, salah seorang pelatih yang telah lama bekerja di bengkel kumpulan Fenix.

Percubaan memandu jentera Formula X buat kali pertama telah mengundang bahana kepada Guang setelah dia gagal memandu dengan cermat di atas permukaan litar lumba. Faye dan kumpulan Fenix bertungkus lumus mengubah suai kereta bagi menyesuaikannya dengan cara pemanduan Guang, supaya dia dapat menyedari kebolehan dan keupayaan dirinya di litar.

Guang menyelesaikan tugasan litarnya dan telah diambil menjadi pemandu kumpulan Fenix yang baharu. Bagaimanapun, Guang perlu lulus ujian yang diberikan oleh Pesuruhjaya FX sebelum musim perlumbaan bagi membolehkan dia mendapat status pelumba litar.

Perlumbaan Formula X musim baru berlangsung. Guang berjaya mendapat tempat kedua semasa berlepas. Kecekapan pemanduan Guang mengelak kemalangan memang mengagumkan. Guang amat menyerlah dan menjadi tarikan utama berbanding Eric yang mendahului perlumbaan dan merapatkan kejuaraan buat kali pertama musim ini.

Mampukah Guang mengekalkan kedudukan teratas apabila dia dicabar pelumba-pelumba hebat dari kumpulan lain yang sentiasa tidak melepaskan peluang untuk merebut gelaran juara?

Pautan luar

  • (Inggeris) Rancangan di Jiayu Mobile (Formula X tersenarai)
  • "Istimewa di RTM2 - Pocoyo, Formula X". Utusan Malaysia. 21 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-24. Dicapai pada 2007-12-02. Check date values in: |date= (bantuan)

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.