Filogenetik

Dalam bidang biologi, filogenetik merupakan kajian hubungan evolusi antara kumpulan organisma (cth. spesies, populasi), yang ditemui melalui matriks data penjujukan molekul dan data morfologi. Istilah filogenetik berasal dari bahasa Yunani iaitu phylé (φυλή) atau phylon (φῦλον) yang bermaksud "suku", "puak", "kaum"[1] dan genesis (γένεσις) "punca", "asal", "kelahiran" dalam bentuk kata sifat genetikós (γενετικός).[2] Hasil kajian filogenetik ialah hipotesis tentang sejarah evolusi kumpulan taksonomi, iaitu filogeni.[3]

Evolusi merupakan satu proses yang bercabang, yang mana populasi mengalami perubahan sepanjang zaman dan boleh berpecah kepada cabang-cabang, saling berkacuk atau pupus. Ini boleh digambarkan dalam salasilah filogenetik iaitu hipotesis turutan peristiwa evolusi yang diandaikan.

Taksonomi, iaitu pengelasan, pengenalpastian dan penamaan organisma, lazimnya banyak menerima maklumat dari filogenetik, tetapi tetap jauh berbeza dari segi perkaedahan dan logik.[4] Sejauh mana taksonomi bergantung pada filogeni adalah berbeza mengikut aliran taksonomi: taksonomi berangka mengabaikan filogeni sama sekali, sebaliknya cuba menerangkan keserupaan sesama organisma; sistematik filogenetik cuba menerangkan filogeni dalam pengelasannya tanpa menyingkirkan maklumat; taksonomi evolusi pula cuba mencari kompromi antara taksonomi berangka dan sistematik filogenetik untuk menerangkan peringkat-peringkat evolusi.

Rujukan

  1. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert; Jones, Henry Stuart (1968). A Greek-English lexicon (ed. 9). Oxford: Clarendon Press. m/s. 1961.
  2. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert; Jones, Henry Stuart (1968). A Greek-English lexicon (ed. 9). Oxford: Clarendon Press. m/s. 343.
  3. ^ "phylogeny". Biology online. Dicapai pada 2012, August. Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ Edwards AWF; Cavalli-Sforza LL (1964). "Reconstruction of evolutionary trees". Dalam Heywood, Vernon Hilton; McNeill, J. (penyunting). Phenetic and Phylogenetic Classification. m/s. 67–76. OCLC 733025912. Phylogenetics is that branch of life science, which deals with the study of evolutionary relation among various groups of organisms, through molecular sequencing data.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.