Felda Sendayan

Rancangan tanah Felda Sendayan terletak di kawasan 2,000 hektar di Negeri Sembilan kira-kira 15 kilometer dari Seremban. Tanah rancangan ini mula diteroka pada tahun 1963 oleh 40 orang peneroka di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Tanah rancangan ini kemudiannya berkembang hingga mempunyai 513 orang peneroka, lantas menjadi satu-satunya penempatan yang ramai penduduk. Seramai 406 peneroka berketurunan Melayu, 46 Cina dan 61 keturunan India.

Pada tahun 1986 Felda menyerahkan hak milik tanah ini kepada peneroka dan majlis penyerahan geran tanah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Ghaffar Baba. Mulai itu Felda Sendayan bertukar status menjadi kampung tradisi dengan nama Kampung Sendayan.

Pada tahun 1996 sesuai dengan perkembangan ekonomi semasa, Kerajaan Negeri Sembilan melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKKNS) telah mengadakan perjanjian usahasama dengan MHS Land Sdn Bhd untuk memajukan Kampung Sendayan. Peneroka ditawarkan pembelian tanah dengan harga kira-kira 1.2 juta seorang. Suatu perjanjian jual beli kemudiannya ditandatangani pada 13 November 1996.

Bagaimanapun menjelang pertengahan tahun 1997 kegawatan ekonomi melanda Asia Timur termasuk Malaysia. Akibatnya, PKNNS gagal membuat pembayaran kepada peneroka dan kemelut masalah Sendayan bermula. Ini berlarutan selama 10 tahun.

Akhirnya di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Utama Mohamad bin Hj Hasan, masalah ini berjaya diselesaikan. Pada 23 Februari 2006 dengan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 95 peratus daripada 513 peneroka itu menerima bayaran mereka.

Setiap peneroka menerima wang tunai dan juga harta lain yang keseluruhannya bernilai lebih kurang RM 1.2 juta. Pampasan ini adalah dalam bentuk wang tunai sebanyak antara RM450,000 ke RM685,780 seorang. Di samping itu setiap seorang akan diberi tanah pertanian pegangan bebas seluas 0.8 hektar (2 ekar)dianggarkan bernilai RM348,480 dan juga sebuah banglo setingkat empat bilik dengan keluasan tanah 10,000 kaki persegi dianggarkan bernilai RM240,000.

Felda Sendayan akan dibangunkan menjadi bandar baru bernama Bandar Sri Sendayan, yang juga merupakan sebahagian daripada koridor Lembah Wawasan Malaysia 2.0. (MVV 2.0.) yang meliputi daerah-daerah Seremban dan Port Dickson. Bandar Seri Sendayan juga terletak berhampiran dengan daerah Sepang, Selangor di sebelah utara.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.