Feijoada

Sepinggan feijoada yang ringkas.

Feijoada adalah suatu lauk masakan orang Portugis terdiri dari rendidih kacang (feijão "kacang") dengan daging-daging lembu dan babi disajikan dengan nasi dan pelbagai jenis sosej. Ia biasanya disediakan di Portugal serta kawasan yang pernah dijajahnya seperti Brazil, Angola, Tanjung Verde, Guinea-Bissau, Mozambique, pulau Timor di Indonesia (Timor Barat dan Timor Leste),[1] Goa di India, dan Macau; cara memasak lauk ini mempunyai sedikit beza dari negara ke negara.[2]

Sejarah

Pemasakan rebusan daging dengan sayur-sayuran yang berasal dari feijoada dari Provinsi Minho utara Portugal adalah tradisi milenari Mediterania yang dapat ditelusuri ketika askar-askar empayar Rom menjajah tanah Iberia.[3] Terdapat juga banyak hidangan yang sama sifat datang dari pengaruh para askar yang singgah atau menakluk kawasan-kawasan ini.[4]

Fejioada pertama kali tercatat kewujudannya di Brazil dari suatu keluaran akhbar Diário de Pernambuco di kota Recife bertarikh 2 Mac 1827. Ada cerita yang menyatakan kononnya masakan ini mula wujud di Brazil seiring dengan pemakanan para hamba abdi yang menggunakan kacang hitam dan sisa daging babi diberikan tuan-tuan mereka termasuk kaki, telinga, ekor, dan bahagian lain yang dilihat tidak diingini seisi keluarga tuan-tuan mereka. Namun perkara tersebut didangkal sebaliknya datang dengan perkenalan kacang hitam oleh peneroka Eropah di Brazil yang memanfaatkan ia sebagai makanan ruji di mana cara pemakanan pada zaman ini dicatatkan berbeza dalam kalangan golongan atasan dan miskin: golongan atasan sangat menikmatinya dengan pelbagai jenis daging dan sayur-sayuran manakala masyarakat miskin dan hamba biasanya memakan campuran kacang hitam dan tepung ubi kayu. [5]

Rujukan

  1. ^ https://honest-food.net/portuguese-feijoada-recipe/
  2. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-02. Dicapai pada 2016-02-09.CS1 maint: archived copy as title (link)
  3. ^ "A feijoada não é invenção brasileira. Todo mundo acha que os inventores foram os escravos. Mas o prato já era apreciado na Europa desde os tempos do Império Romano". Super Interessante. Dicapai pada 10 September 2016.
  4. ^ "O mito da feijoada, cuja real origem é lusitana". UOL educação. Dicapai pada 10 September 2016.
  5. ^ Elias, Rodrigo. "Feijoada: A short history of an edible institution." Flavors from Brazil. Brasília: Ministry of External Relations, 2008. "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Februari 2016. Dicapai pada 23 Februari 2016.CS1 maint: archived copy as title (link)

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.