Farm Fresh
| Jenis/bentuk sah | Swasta |
|---|---|
| Industri | Tenusu |
| Ditubuhkan | 18 Mei 2009 |
| Ibu pejabat | Sedili, Johor, Malaysia |
| Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
| Tokoh penting | |
| Keluaran | Produk tenusu termasuk susu, yogurt dan krim putar |
| Hasil | |
| Pendapatan bersih | |
| Jumlah ekuiti | |
| Pemilik | Khazanah Nasional |
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Farm Fresh Berhad (dahulunya The Holstein Milk Company Sdn. Bhd.)[3] merupakan syarikat produk tenusu Malaysia. Farm Fresh mempunyai dua kilang yang beroperasi di Bandar Muadzam Shah, Pahang dan di Larkin, Johor di mana kapasiti pengeluaran kilang mencecah kepada 12 juta liter setahun dengan anggaran satu juta liter sebulan.[4] Ia ditubuhkan pada 2009, diasaskan oleh Loi Tuan Eee dan dimiliki 30% oleh Khazanah Nasional Berhad, cabang pelaburan kerajaan Malaysia.[5]
Sejarah
Farm Fresh diasaskan oleh Tuan Ee selepas beliau meninggalkan kerjayanya di syarikat pembungkusan pada 2005.[6]
Pengembangan
Pada tahun 2014, Farm Fresh meletakkan sasaran jualan RM50 juta bagi tahun kewangannya berakhir pada Mac 2015 berbanding RM38 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya. Syarikat ini juga dilantik oleh Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sebagai pengurus ladang ternakan lembu seluas 240 hektar di Muadzam Shah, Pahang.[7]
Pada Disember 2019, Farm Fresh mengumumkan dalam proses permohonan penyenaraian dan bakal menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) pada 2020.[8]
Pada 2020, Farm Fresh menjalin kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menubuhkan Pusat Kecemerlangan Industri. Kerjasama antara Farm Fresh dan UPM membawa kepada penubuhan Ladang Farm Fresh @ UPM. Kedua-duanya juga berhasrat untuk membangunkan Pusat Pelancongan Agro untuk mendedahkan pelajar kepada industri tenusu di samping menyemai minat dalam bidang pertanian di kalangan belia.[9]
Penajaan
Pada tahun 2019, Farm Fresh menjadi penaja rasmi rancangan TV realiti terbitan Astro, Gegar Vaganza bermula dari musim keenam[10][11] dan Big Stage musim kedua. Pada tahun 2020, syarikat ini menjadi penaja rasmi rancangan Immortal Songs Malaysia di TV3.
Lihat juga
Rujukan
- ^ The milkman & his cash cows The Star Online (9 Mei 2016). Dicapai pada 19 Januari 2017.
- ^ Bos Susu disenangi ramai, tak buat perangai macam penaja GV terdahulu mStar Online (24 Disember 2019). Dicapai pada 19 Januari 2020.
- ^ Zubir Sulaiman (16 Disember 2019). Farm Fresh jadi fenomena dalam industri tenusu negara[pautan mati kekal] Bisnes Sinar. Dicapai pada 19 Januari 2020.
- ^ Norshahzura Mat Zuki (15 Jun 2019). Farm Fresh aktif teroka pasaran Singapura[pautan mati kekal] Bisnes Sinar. Dicapai pada 19 Januari 2020.
- ^ Abdul Razak Raaff (6 September 2018). Holstein Milk Company purchases dairy plant in Australia New Straits Times. Dicapai pada 19 Januari 2019.
- ^ Claudia Khaw (15 Jun 2022). Farm Fresh: Malaysian dairy milk brand founder and business history Vulcan Post. Dicapai pada 18 Oktober 2022.
- ^ Sri Ayu Kartika Amri (15 Oktober 2014). Susun strategi tambah untung Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2015.
- ^ Sri Ayu Kartika Amri (2 Disember 2019). Farm Fresh bakal terbit IPO Harian Metro. Dicapai pada 19 Januari 2020.
- ^ Claudia Khaw (28 Julai 2022). Farm Fresh diversifies from milk with an agrotour experience at UPM, we went to get a taste Vulcan Post. Dicapai pada 18 Oktober 2022.
- ^ Hasimi Muhammad (28 Disember 2019). Farm Fresh anjur konsert dalam ladang lembu Astro Awani. Dicapai pada 19 Januari 2020.
- ^ Hasimi Muhammad (29 Disember 2019). Bos Susu sedia jadi penaja Gegar Vaganza musim akan datang Astro Awani. Dicapai pada 19 Januari 2020.
Bacaan berkaitan
- Zulaikha Yusof (2 Oktober 2019). "Farm Fresh, segelas susu penuh kebaikan". Astro Gempak. Dicapai pada 19 Januari 2020.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
