FETYA
FETYA | |
|---|---|
| Asal | Malaysia |
| Genre | Nasyid neo-haraki |
| Tahun aktif | 2009-kini |
| Penampilan sulung | 2015 melalui karya Kesaksian (album sulung) |
| Syarikat pengurusan | Tarbiah Sentap Records |
| Syarikat rakaman | Tarbiah Sentap Records |
| Kegiatan berkaitan | Maher Zain, Inteam, Ustaz Adnin Roslan, Tarbiah Sentap, RABITHAH, One Path |
| Anggota semasa | 1. Ustaz Muawwidz Al-Ansori Dzulkefly 2. Ustaz Ahmad Fuad Jamil 3. Ustaz Syed Salahuddin Syed Ayob 4. Ustaz Bilal Jailani 5. Ustaz Hanif Mohamad Salleh 6. Dr. Nuaim Nasir 7. Ustaz Naim Rais Ahli sambilan: 1. Ustaz Haidar Mahmud 2. Dr. Abdul Rahman Dashuki 3. Ustaz Nawfal Ahmad 4. Ustaz Hakim Hamidon 5. Dr. Muhammad Zakwan Yahya 6. Dr. Muhammad Faysal 7. Ustaz Muhammad Firdaus Haji Muchtar 8. Ustaz Umar Farouq Morhalim 9. Ustaz Fahmi Bazlan 10. Ustaz Dr. Muhammad Ikram Abu Hassan |
| sunting · sunting di Wikidata | |
FETYA (Bahasa Melayu: Pemuda) (Bahasa Arab: فتي) merupakan sebuah kumpulan nasyid dari Malaysia. FETYA diasaskan pada tahun 2009 oleh para mahasiswa Malaysia yang pada ketika itu sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam dan juga Perubatan di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
FETYA yang bermaksud pemuda dalam Bahasa Arab, mengetengahkan lagu-lagu genre neo-haraki yang bertemakan pergerakan perjuangan dan pembangunan ummah. FETYA yakin bahawa nasyid bukanlah sekadar hiburan, tetapi juga jalan mendidik tauhid, memupuk kecintaan dakwah dan menyuntik semangat perjuangan kepada setiap Muslim.
FETYA yang sebelum ini berehat seketika selepas pelancaran album sulung mereka, Kesaksian pada tahun 2015 disebabkan komitmen pekerjaan masing-masing, kembali aktif dalam dunia nasyid tanah air sejak tahun 2023 sehingga kini dengan lagu-lagu baru seperti Taufan Al-Aqsa, Gaza Berdarah Lagi, Giliranmu, Balaklava[1], Akhir Zaman, Sumud Nusantara dan Gema Syawal.
Kerjaya seni
2012: Pengalaman bersama Awakening Records
Satu lembaran baru tercipta apabila FETYA dihubungi oleh syarikat rakaman muzik Islam terkenal dunia, Awakening Records. Mereka ditawarkan peluang menyumbangkan vokal harmoni (backing/harmony vocals) untuk kesemua lagu daripada 2 buah album terawal Maher Zain (penyanyi nasyid Sweden berketurunan Lubnan) untuk album versi acapella Thank You Allah (Vocals Only - No Music Version) dan Forgive Me (Vocals Only - No Music Version). Walaupun mereka dihubungi pada saat akhir sebelum proses rakaman berlangsung, FETYA sangat menghargai peluang tersebut.[2]
Selain itu, FETYA juga memainkan peranan penting dalam membantu Irfan Makki (penyanyi nasyid Kanada berketurunan Pakistan) dari segi sebutan perkataan Bahasa Melayu untuk lirik lagu Mabrook. Lirik bahasa Melayu dalam lagu tersebut merupakan hasil nukilan Syah Inteam.[3]
2013: Proses penghasilan lagu Ramadan Maher Zain versi acapella yang tidak sempat diselesaikan
Sekitar awal bulan Julai 2013, FETYA yang ketika itu masih berada di Mesir sekali lagi menerima pelawaan daripada Awakening Records untuk terlibat dalam proses rakaman lagu 'single' terbaru Maher Zain, juga untuk lagu versi acapella. Bara Kherigi, pengurus Awakening Records, memberi kepercayaan sepenuhnya kepada FETYA untuk membuat susunan suara mereka sendiri. Jika sebelum itu mereka diselia oleh Hamza Namira (penyanyi nasyid terkenal Mesir), tetapi kali ini semuanya diserahkan seratus peratus kepada FETYA.
Malangnya, tugasan tersebut tidak sempat diselesaikan kerana keadaan keselamatan Mesir yang sedang bergolak pada waktu itu selepas kerajaan Dr. Mohamed Morsi digulingkan, menyebabkan FETYA terpaksa berangkat pulang ke Malaysia dengan segera atas faktor keselamatan.[4]
2015: Album 'Kesaksian'
Pada 25 April 2015, FETYA muncul dengan album sulung mereka yang berjudul Kesaksian. Album tersebut menghimpunkan lagu-lagu yang pernah dirakamkan oleh FETYA dan diberikan nafas baharu dengan kerjasama Tarbiah Sentap Records.
Album yang mengetengahkan genre soft-haraki itu terdiri daripada sembilan buah lagu - Kesaksian, Intifadhah Bersinar, Di Balik Besi, Harapan Ummah, Sujud Merdeka, Obor Semangat, Kesetiaan Al-Qassam, Syahadah Rabaah, Kemenangan Gaza - dan dua buah lagu instrumental - Syahadah Rabaah (instrumental) dan Intifadhah Bersinar (instrumental).[5]
Kesemua lagu dalam album tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan peminat lagu-lagu nasyid berunsurkan semangat perjuangan, terutamanya lagu Obor Semangat dan Syahadah Rabaah. Lagu Syahadah Rabaah sempat memasuki Carta IKIMfm dan bertahan selama dua belas minggu berturut-turut, menjadikan lagu itu layak ke peringkat saringan Anugerah Nasyid IKIMfm 2014.[6]
2023-2024: Lagu Taufan Al-Aqsa dan Gaza Berdarah Lagi
Setelah hampir sepuluh tahun tidak merakamkan sebarang lagu, FETYA hadir dengan sebuah lagu terbaru yang berjudul Taufan Al-Aqsa. Lagu tersebut yang dicipta oleh Adnin Roslan, Muawwidz Al Ansori dan Rahman Dasuki; serta lirik oleh Rahman Dasuki, Fuad Jamil dan Ustazah Fatin Kamaluddin; mengambil semangat daripada peristiwa berdarah 7 Oktober 2023.
Pada awalnya, FETYA memuatnaik video muzik lagu itu ke akaun YouTube rasmi mereka, Lagu Perjuangan, tetapi YouTube kemudiannya memadam video muzik tersebut atas alasan video muzik tersebut mempunyai unsur-unsur keganasan. Walau bagaimanapun, FETYA tidak berputus asa.
Salah seorang ahli kumpulan FETYA, Ustaz Hanif Mohamad Salleh berjaya memuatnaik teaser video muzik lagu itu ke akaun YouTube beliau pada 30 Januari 2024.[7] Seorang lagi ahli kumpulan FETYA, Dr. Nu'aim Nasir pula memuatnaik video lagu tersebut ke akaun YouTube beliau pada 3 Februari 2024.[8] Lagu Taufan Al-Aqsa akhirnya dimuatnaik semula ke YouTube pada 29 Februari 2024 tanpa sebarang video muzik.[9]
Pada 8 Oktober 2024, setahun selepas Palestin diserang tentera zionis tanpa henti sejak 7 Oktober 2023, FETYA memuatnaik video lirik lagu Taufan Al-Aqsa ke akaun YouTube mereka.[10]
Sehari sebelum itu, pada 7 Oktober 2024, FETYA melancarkan sebuah lagi lagu terbaru yang berjudul Gaza Berdarah Lagi (menampilkan 2ARD - Rauf D dan Albert D). Lagu tersebut merupakan kerjasama FETYA dan Tarbiah Sentap Records bersama badan kebajikan Cinta Gaza Malaysia.[11]
Pada Oktober 2025, FETYA akhirnya melancarkan semula video muzik lagu Taufan Al-Aqsa tetapi di platform yang berbeza. Video muzik tersebut kini boleh ditonton tanpa sebarang tapisan melalui laman sesawang penstriman media Islami, White Stream.
2025: Pencalonan dan penglibatan dalam anugerah-anugerah nasyid
Tahun 2025 memperlihatkan kecemerlangan dalam karier seni nasyid FETYA apabila lagu-lagu mereka dicalonkan dalam carta-carta nasyid utama tanah air.
Anugerah Carta 114 musim ketiga 2025
Lagu Balaklava tercalon dan bertahan dalam Carta 114 musim ketiga tahun 2025 selama beberapa bulan, melayakkan lagu tersebut tercalon ke peringkat separuh akhir, hasil undian para penonton dan peminat nasyid selama seminggu, dari 1 Disember sehingga 7 Disember 2025.
Pada hari Sabtu, 13 Disember 2025, FETYA bertanding bersama 14 artis nasyid lain yang layak ke peringkat separuh akhir yang diadakan di Pusat Penyiaran Antarabangsa TV Alhijrah, Kuala Lumpur. Selesai persembahan daripada kesemua artis yang terlibat, lagu Balaklava diumumkan antara lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Carta 114 musim ketiga yang akan diadakan pada 27 Disember 2025.[12]
Pada hari Sabtu, 27 Disember 2025, FETYA bertanding bersama 7 artis nasyid lain yang layak ke Anugerah Carta 114 musim ketiga 2025. Anugerah tersebut juga diadakan di Pusat Penyiaran Antarabangsa TV Alhijrah, Kuala Lumpur. Pada anugerah tersebut, FETYA berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik.[13]
Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI '25)
Lagu Taufan Al-Aqsa tercalon dan bertahan dalam Carta IKIMfm musim 2023-2025 selama hampir setahun sejak 7 September 2024. Selain itu, lagu Giliranmu dan Balaklava juga sempat memasuki carta tersebut sebelum pencalonan tahun 2025 ditutup.
Setelah pencalonan ditutup, Ustaz Mohd Erwan Johari, penyampai tetap dan juga penerbit untuk rancangan Carta IKIMfm, mengumumkan bahawa lagu Taufan Al-Aqsa tercalon dalam senarai 20 buah lagu yang layak ke peringkat separuh akhir Carta IKIMfm, yang kemudiannya dijenamakan sebagai Road to Final: Anugerah Carta IKIMfm 2025.
Dalam rancangan Road to Final: Anugerah Carta IKIMfm 2025, FETYA mempersembahkan lagu Taufan Al-Aqsa secara akustik, diiringi oleh pemuzik terkenal seperti Tam Cobain (gitar akustik), Adam (piano) dan Ramli Mohram (cajun). Persembahan mereka menerima komen yang positif dan kritikan yang membina daripada Farihin Abdul Fattah selaku ketua juri, Lukhman S selaku juri bahagian lirik dan Adeep Nahar selaku juri bahagian vokal dan persembahan.[14]
Pada Showcase ACI '25 yang diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2025 di Setia Alam Convention Centre, lagu Taufan Al-Aqsa diumumkan layak ke Anugerah Carta IKIMfm 2025 bersama 9 buah lagu yang lain.[15]
Pada Anugerah Carta IKIMfm 2025 yang berlangsung pada 3 Januari 2026 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor; FETYA berjaya menggondol anugerah bagi kategori Vokal Terbaik. [16]
Ahli-ahli
Ahli semasa:
1. Ustaz Muawwidz Al-Ansori Dzulkefly
2. Ustaz Ahmad Fuad Jamil
3. Ustaz Syed Salahuddin Syed Ayob
4. Ustaz Bilal Jailani
5. Ustaz Hanif Mohamad Salleh
6. Dr. Nuaim Nasir
7. Ustaz Naim Rais
Ahli sambilan:
1. Ustaz Haidar Mahmud
2. Dr. Abdul Rahman Dashuki
3. Ustaz Nawfal Ahmad
4. Ustaz Hakim Hamidon
5. Dr. Muhammad Zakwan Yahya
6. Dr. Muhammad Faysal
7. Ustaz Muhammad Firdaus Haji Muchtar
8. Ustaz Umar Farouq Morhalim
9. Ustaz Fahmi Bazlan
10. Ustaz Dr. Muhammad Ikram Abu Hassan
Diskografi
Album studio
- 2015: Kesaksian
Single
- 29 Februari 2024: Taufan Al-Aqsa[17]
- 7 Oktober 2024: Gaza Berdarah Lagi menampilkan 2ARD (Albert D dan Rauf D)[18]
- 15 November 2024: Giliranmu[19]
- 18 Januari 2025: Balaklava[20]
- 31 Ogos 2025: Akhir Zaman[21]
- 17 September 2025: Sumud Nusantara[22]
- 25 Februari 2026: Gema Syawal[23]
Lagu korporat
- Disember 2018: Lagu rasmi Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Judul: Bersatu Belia
Lagu / Lirik: Fuad FETYA[24]
Anugerah dan pencalonan
Anugerah Carta 114 Musim Ketiga
| Tahun penganjuran | Karya tercalon/Penerima | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2025 | Lagu: Balaklava (Adnin Roslan, Muawwidz Al Ansori, Elyas Hazard / Fuad Jamil) |
Persembahan Terbaik | Menang |
Anugerah Carta IKIMfm 2025 (ACI '25)
| Tahun penganjuran | Karya tercalon/Penerima | Kategori | Keputusan |
|---|---|---|---|
| 2026 | Lagu: Taufan Al-Aqsa (Adnin Roslan, Muawwidz Al Ansori, Rahman Dasuki / Rahman Dasuki, Fuad Jamil, Ustazah Fatin Kamaluddin) |
Vokal Terbaik | Menang |
Rujukan
- ^ Abdul Rahman, Ridzuan (2025-02-15). "Perjuangan Fetya". Harian Metro. Dicapai pada 2025-12-15.
- ^ Hussein, Husaini (2012-05-08). "Di Sebalik 'Forgive Me' dan 'Thank You Allah' – Fetya". Munsyeed. Dicapai pada 2025-12-15.
- ^ Kamaruzaman, Usamah (2013-12-12). "Syahadah Rabaah: Manifestasi Kesaksian Perjuangan Fetya". Munsyeed. Dicapai pada 2025-12-15.
- ^ Fetya (2015-06-06), Kisah FETYA (Ramadhan - Maher Zain) (Vocals Only Trial Version FETYA), dicapai pada 2026-02-27
- ^ Fetya (2015-04-19), [PERSOALAN], dicapai pada 2026-03-02
- ^ IKIMfm (2014-04-06), Carta IKIMfm Minggu 63 bersama DJ Erwan Johari IKIMfm & tetamu undangan KUMPULAN FETYA., dicapai pada 2026-03-02
- ^ hans7a (2024-01-30), Teaser Taufan Al-Aqsa - Fetya, dicapai pada 2026-03-02
- ^ Nuaim Nasir (2024-02-03), (NEW) (FETYA) • Taufan Al Aqsa, dicapai pada 2026-03-02
- ^ Fetya - Topic (2024-02-29), Taufan Al-Aqsa, dicapai pada 2026-03-02
- ^ Lagu Perjuangan (2024-10-08), FETYA • Taufan Al Aqsa (OFFICIAL LYRIC VIDEO), dicapai pada 2026-03-02
- ^ Lagu Perjuangan (2024-10-07), FETYA • G@za Berdarah Lagi ft 2ARD (OFFICIAL LYRIC VIDEO), dicapai pada 2026-03-02
- ^ TV AlHijrah Official (2025-12-14), Balaklava - FETYA [Separuh Akhir Carta 114 Musim Ketiga], dicapai pada 2026-01-01
- ^ TV AlHijrah Official (2025-12-28), Balaklava - FETYA [Persembahan Terbaik Anugerah Carta 114 Musim Ketiga], dicapai pada 2026-01-01
- ^ IKIMfm (2025-11-19), Road To Final: Anugerah Carta IKIMfm 2025 - "TAUFAN AL AQSA FETYA - EP13", dicapai pada 2025-12-30
- ^ Selangor Library (2025-12-06), Live SIBF 2025: Showcase ACI'25, dicapai pada 2026-01-31
- ^ IKIMfm (2026-01-04), Anugerah Carta IKIMfm 2025, dicapai pada 2026-01-04
- ^ Lagu Perjuangan (2024-10-08), FETYA • Taufan Al Aqsa (OFFICIAL LYRIC VIDEO), dicapai pada 2025-12-15
- ^ Lagu Perjuangan (2024-10-07), FETYA • G@za Berdarah Lagi ft 2ARD (OFFICIAL LYRIC VIDEO), dicapai pada 2025-12-15
- ^ Fetya - Topic (2025-01-07), Giliranmu, dicapai pada 2025-12-15
- ^ Lagu Perjuangan (2025-01-18), FETYA • Balaklava (OFFICIAL MUSIC VIDEO), dicapai pada 2025-12-15
- ^ Lagu Perjuangan (2025-08-31), FETYA • Akhir Zaman | NEW OFFICIAL MUSIC VIDEO | MERDEKA 31 OGOS, dicapai pada 2025-12-15
- ^ Lagu Perjuangan (2025-09-17), FETYA • Sumud Nusantara | NEW OFFICIAL LYRIC VIDEO | MISI FLOTILA SOLIDARITI KEMANUSIAAN, dicapai pada 2025-12-15
- ^ Tarbiah Sentap (2026-02-25), Fetya - Gema Syawal (Official Music Video), dicapai pada 2026-02-27
- ^ Lagu PEMBINA
Pautan luar
- FETYA di Instagram
- Saluran YouTube FETYA
- FETYA di Apple Music
- FETYA di Spotify
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
