FELDA Chuping
FELDA Chuping | |
|---|---|
| Koordinat: 6°29′33″U 100°20′26″T / 6.4924°U 100.3406°T | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Perlis |
| Mukim | Padang Siding |
| Kawasan parlimen | Padang Besar |
| Kawasan negeri | Chuping |
| Kerajaan | |
| • Kerajaan tempatan | Majlis Perbandaran Kangar |
| • Pengurus | Muhammad Ilyieh Ismail |
| Penduduk (2014) | |
• Jumlah | 2,335 |
| • Peneroka | 447 |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| • Musim panas (WMP) | UTC+8 (tiada) |
| Poskod | 02500 |
| Kod kawasan | +604 |
| Plat pendaftaran kenderaan | R |
FELDA Chuping (Jawi: فيلدا چوڤيڠ) , FELDA Projek Chuping atau Kemajuan Tanah Chuping merupakan sebuah tanah rancangan FELDA di timur negeri Perlis, Malaysia.[1] Ia terletak di dalam FELDA Wilayah Alor Setar dan merupakan salah satu pembahagian pentadbiran petempatan di bawah Mukim Padang Siding. Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, iaitu Kuala Lumpur. Poskod bagi FELDA Chuping ialah 02500 Kangar.[2]
Sejarah
farid tok aba
Geografi
FELDA Chuping terletak di bahagian tengah negeri Perlis. Kawasan perumahan ini mempunyai luas anggaran sebanyak 75 ekar (30.4 he) manakala kawasan perladangannya pula dianggarkan seluas 1,808 ekar (731.7 he).[3] FELDA Chuping terletak di kawasan yang agak terpencil dari petempatan lain. Antara petempatan terdekat termasuklah Kampung Batu Tiga dan Kampung Kok Klang.[4]
Pentadbiran
FELDA Chuping terletak di bawah gugusan FELDA Wilayah Alor Setar. Secara pentadbiran, FELDA Chuping terletak dalam Mukim Padang Siding di bahagian timur.[4] Ia dipimpin oleh seorang pengurus. Dari segi politik, FELDA Chuping terletak di dalam kawasan parlimen Dewan Rakyat Malaysia iaitu Padang Besar manakala bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Perlis, ia terletak dibawah kawasan Chuping.[5]
Pengangkutan
FELDA Sebertak dihubungkan dengan petempatan lain dengan FT 179 (Jalan Ulu Pauh-Chuping-Padang Besar), melalui simpang jalan masuk utama FELDA Chuping.[4] Jarak FELDA Chuping ke ibu negeri Perlis iaitu Kangar ialah sejauh 20.19 kilometer (12.5 bt) dan mengambil masa selama 23 minit memandu kereta.[a][6]
Kemudahan
Antara kemudahan awam yang terdapat berdekatan FELDA Chuping termasuklah;[6]
- Sekolah Kebangsaan (Felda) Chuping
- Sekolah Rendah Islam III Chuping
- Klinik Kesihatan Felda Chuping
- Klinik Desa Felda Chuping
- Masjid Nurul Huda Felda Chuping
Nota
- ^ Diukur dari simpang jalan masuk utama FELDA Chuping ke Pejabat Pos Kangar
Rujukan
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Pahang Darul Makmur". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 23 September 2022.
- ^ "Lokasi Rancangan Kedah". FELDA. Dicapai pada 23 April 2023.
- ^ "Sejarah Felda Chuping". Pusat Internet 1Malaysia Felda Chuping. 4 September 2015. Dicapai pada 26 April 2023.
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ "Online Electoral Maps of Malaysia" [Peta Kawasan Pilihan Raya Malaysia Atas Talian] (dalam bahasa Inggeris). Tindak Malaysia. Dicapai pada 14 Oktober 2021.
- ^ a b "Felda Chuping, Perlis – MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.