Enot

Enot
اينوت
Kelahiran
Aliza binti Abdullah

(1978-12-03) 3 Disember 1978 (umur 47)
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1998–kini
PasanganZainul Abidin Mat Nor (k. 2008)
Anak-anak1
KeluargaRashid Sibir (bapa saudara)

Aliza Abdullah (lahir 3 Disember 1978) (Jawi: الیزا عبدالله) atau lebih dikenali sebagai Enot merupakan seorang pelakon dan pelawak wanita Malaysia. Beliau mula mencipta nama pada tahun 2000 menerusi siri komedi Mat Despatch arahan bapa saudaranya, Rashid Sibir. Beliau juga pernah menjadi juri tetap rancangan realiti Raja Lawak musim kedua pada tahun 2008.

Kerjaya lakonan

Enot mula dikenali menerusi watak Jojo dalam siri komedi Mat Despatch. Gandingan Enot bersama pelakon komedi lain seperti Raja Azura, Sharifah Shahirah, Amyza Aznan dan Syanie ternyata menimbulkan fenomena tersendiri di kalangan peminat. Ketika itu beliau menggunakan nama komersial Aliza Abdullah namun lebih dikenali dengan nama Jojo, wataknya dalam siri tersebut dan kemudian baru dikenali sebagai Enot sehingga ke hari ini.

Populariti Enot mula memuncak apabila disunting oleh penerbit Shahrulezad Mohameddin untuk berganding bersama pelawak Sheila Rusly dan Sharifah Shahora dalam drama Enot pada tahun 2002. Drama arahan Azman Yahya (Jinggo) itu mencipta fenomena sebagai antara drama komedi yang sangat popular pada tahun tersebut. Enot melakonkan watak sebagai Enot, seorang gadis kampung persis Cinderella versi gemuk yang sering dibuli oleh dua orang kakak tirinya. Menerusi drama inilah Enot mendapat nama gelaran komersialnya, dan nama Enot kekal hingga kini.

Selepas Enot, drama tersebut disambung ke Enot Rayalah Pulak dan sekuel terakhir dalam bentuk VCD; Enot VCDlah Pulak. Kesemua drama tersebut mendapat sambutan hebat dan akhirnya menghadiahkan Enot anugerah pertamanya dalam bidang seni lakon apabila dinobatkan sebagai Pelakon Harapan di Anugerah Skrin 2003.

Selepas demam Enot berakhir, beliau mula cenderung untuk memegang watak-watak yang lebih kompleks. Antara yang paling diingati ialah kemunculan Enot dalam telenovela Dalam Hati Ada Cinta menyaksikan Enot berganding bersama aktres terkenal Umie Aida. Telenovela yang disiarkan Astro selama 5 musim itu terus menghangatkan populariti Enot. Enot juga mencuba watak sebagai gadis hip hop dalam siri VCD Gosok.

Pada tahun 2006, Enot membuat kemunculan perdana selepas melahirkan anak kedua apabila berganding bahu bersama pelawak Didie Alias dalam drama komedi Labuna Labuni. Drama yang diadaptasikan daripada filem arahan P. Ramlee berjudul Labu Labi itu ternyata mendapat sambutan hangat hingga dicalonkan dalam beberapa anugerah. Enot juga dicalonkan di Anugerah Seri Angkasa untuk kategori Aktres Komedi TV Terbaik.

Selepas watak-watak popular seperti Jojo, Enot dan Labuna, beliau sekali lagi mendapat peranan yang signifikan apabila memegang watak Saodah dalam siri komedi Odah Drebar. Siri komedi yang disiarkan di RTM2 ini menjadi drama komedi yang popular pada tahun 2008. Tahun itu juga menyaksikan Enot melangkah setapak lagi apabila dilantik sebagai juri tetap untuk program realiti pencarian bakat komedi Raja Lawak musim kedua di Astro serta menyertai program realiti amal Sehati Berdansa musim ketiga bersama suaminya Zainul Abidin Mat Nor. Biarpun tidak memenangi pertandingan tersebut, bakat tarian Enot mendapat pujian. Enot mewakili Malaysian Athma Council dan berjaya mengumpul RM7000 untuk didermakan kepada badan amal tersebut.

Enot juga pernah bergandingan bersama aktres komedi berbadan besar seperti Adibah Noor dan Syanie dalam siri komedi 3G. Pada tahun 2010, Enot mengacarakan program TV bersama Didie Alias yang mana program tersebut berbentuk game show bersama rakan-rakan artis yang lain.

Kehidupan peribadi

Enot merupakan anak saudara kepada pengarah terkenal, Rashid Sibir yang bertanggungjawab memperkenalkan beliau ke dunia lakonan. Beliau dikenali sebagai artis yang pandai menyimpan rahsia peribadi. Perkahwinan pertamanya bersama lelaki yang tidak dikenali pada tahun 2000 pernah diabadikan dalam salah satu episod siri komedi Mat Despatch. Perkahwinan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Setelah bercerai pada tahun 2007, Enot berkenalan dengan salah seorang krew produksi drama komedi Odah Drebar iaitu Zainul Abidin, dan akhirnya mereka mengikat tali perkahwinan pada 21 November 2008. Zainul merupakan saudara kepada aktres komedi Nik Sayyidah Fatihah aka Mek.

Enot juga menceburi bidang perniagaan apabila melancarkan jenama biskut Enot Cookies pada tahun 2007. Pada bulan ramadhan setiap tahun, Enot dan suami membuka gerai jualan di bazar serta kini secara tetap boleh didapati di Downtown, Cheras Kuala Lumpur.

Beliau mula mengenakan tudung pada akhir 2012.[1]

Populariti duo 1 vs 0

Gandingan Didie yang kurus bersama Enot yang gempal mencipta fenomena tersendiri. Kedua-dua pelawak ini sering muncul bersama dalam banyak drama komedi selepas kejayaan Labuna Labuni. Kedua-dua mereka menjadi sahabat baik selepas seringkali berlakon bersama. Terbaru, Didie dan Enot digandingkan pula sebagai hos dalam game show terbaru Astro Warna (saluran 132) iaitu Kalau Berani 1 VS 0 yang memulakan siarannya 16 Julai 2009, Khamis, 10.30 malam.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Laila Isabella Filem pertama
2004 Cinta Luar Biasa Rose
2007 Cinta Yang Satu Isteri Bob
Kayangan Upik
2012 Baik Giler Penyamun 2
2017 Kau Takdirku Awek Dating 2 Penampilan khas

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 Enot Enot VCD Telefilem pertama
Enot2 Rayalah Pulak! Enot
2003 Enot3 VCDlah Pulak! Enot
Gosok
Hang 2 Cikgu Siti
2004 Gosok 2
Limah Putrajaya TV3
2005 Bisikan Azazil Astro Ria
Bahulu Hangus
Keluarga Pasca Merdeka TV3
2006 Labuna Labuni Labuna Astro Ria
2011 Pontianak Beraya Di Kampung Batu Piah
2012 Calon Suamiku Kawan Pejabat Hafiz Astro Prima
2021 Busker Bercinta TV2

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998–2001 Mat Despatch Jojo TV1 Drama pertama
2004–2006 Dalam Hati Ada Cinta Baby Astro Ria
2008 Odah Drebar TV2
2009 Zati & Si Mawas Kak Mah TV3
Sebumbung TV1
Chef Jo TV3
Keliwon (Musim 1) Mariah Episod: "Puja"
2021 Madam E-Wallet
Dear Cinta Kaak Milah
Perisik Cinta Tak Diundang Fiza
2022 Balai Raya Kampung Senyum TV AlHijrah Sitkom
Guard Komando Kak Long TV9
Adakah Engkau Menungguku Mak Long TV3
Wanita Milik Tuan Putra Zuridah
2024 Hello Jodoh Puan Rozy

Drama web

Tahun Tajuk Watak Rangkaian Catatan
2023 Dara & The Gang Mak Minah Tonton Drama web pertama

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Raja Lawak Astro (Musim 2) Juri Tetap Astro Prima
2009 Kalau Berani 1 Vs 0 Pengacara Astro Warna Mengacara bersama Didie Alias
2013 Betul ke Bohong? (Musim 4) Artis Jemputan
2014 Betul ke Bohong? (Musim 5)

Peserta

Tahun Tajuk
2013 MasterChef Selebriti Malaysia (musim ke-2)

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

  1. ^ "Sorotan 2012 - Penghijrahan: Artis & hijrah". Sinar Harian. 31 Disember 2012. Dicapai pada 29 November 2013.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.