Edubuntu
| Edubuntu | |
|---|---|
Edubuntu 8.04 menjalankan GNOME | |
| Maklumat umum | |
| Jenis sistem | Edaran Linux |
| Keluarga sistem | Lainan Ubuntu |
| Pembangun | Canonical Ltd. dan penyumbang komuniti |
| Keadaan kerja | semasa |
| Model sumber | Perisian bebas dan sumber terbuka |
| Keluaran awal | 2005 |
| Keluaran terkini | 14.04 / 17 April 2014 |
| Ciri teknikal | |
| Pelantar | |
| Jenis inti | Inti Linux Monolit |
| Antara muka pengguna lalai | GNOME |
| Lesen | Terutamanya GNU GPL dan lain-lain (bebas tetapi sebilangan komponen tersekat) |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak web | www.edubuntu.org |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Edubuntu, juga dikenali sebagai Ubuntu Education Edition, ialah terbitan rasmi sistem pengendalian Ubuntu yang direka untuk kegunaan sekolah.
Edubuntu telah dibangunkan dalam kerjasama antara para guru dan ahli teknologi di berbilang negara. Edubuntu dibina di atas tapak Ubuntu, menerapkan seni bina pelanggan kecil LTSP dan beberapa aplikasi khusus pendidikan, untuk pengguna berumur 6 hingga 18 tahun.
Ciri-ciri
Edubuntu disertakan Linux Terminal Server Project, sebilangan besar aplikasi pelajaran termasuk GCompris, KDE Edutainment Suite, dan Schooltool Calendar. Keluaran Edubuntu pertama adalah serentak dengan keluaran Ubuntu 5.10 (nama kod Breezy Badger) pada 13 Oktober 2005. CD pemasangan Edubuntu pernah didapati secara percuma melalui perkhidmatan Shipit, tetapi mulai versi 8.10, pemasangnya hanya boleh dimuat turun dari Internet.
GUI asalnya ialah GNOME, tetapi mulai versi 7.10, KDE juga disediakan sebagai Edubuntu KDE.
Matlamat

Matlamat utama Edubuntu adalah membolehkan tenaga pengajar yang kekurangan pengetahuan dan kemahiran teknikal mendirikan makmal komputer atau persekitaran pembelajaran Internet dalam masa sejam kurang, kemudian mentadbir persekitaran tersebut dengan secekapnya.
Matlamat rekabentuk utama Edubuntu adalah memusatkan pengurusan konfigurasi, pengguna dan proses, bersama kemudahan bekerja sama dalam persekitaran bilik darjah. Turut ditekankan ialah pengumpulan perisian percuma dan bahan-bahan pendidikan digital yang paling mudah didapati. Edubuntu juga bertujuan membolehkan persekitaran yang kekurangan sumber untuk memaksimumkan penggunaan kelengkapan (lama) yang sedia ada.
Versi
Sejak keluaran 8.04 Hardy Heron, Edubuntu diberi nama Ubuntu Education Edition[1] dan berbentuk sekadar tambahan pada pemasangan Ubuntu biasa dan bukannya Live CD. Mulai versi 9.10, Edubuntu disediakan dalam bentuk DVD sebagai ganti CD.[2] Edubuntu masih boleh dipasang dalam bentuk pakej "edubuntu" untuk semua edaran yang menggunakan repositori Ubuntu yang rasmi (terutamanya Ubuntu dan Kubuntu).
Rujukan
- ^ "Ubuntu Education Edition 8.04 Released". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-28. Dicapai pada 2008-04-24.
- ^ "Edubuntu 9.10 Release Announcement". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-28. Dicapai pada 2009-10-29.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
