ETIAS

Kawasan ETIAS
Perjanjian Schengen
Peta Eropah
  Kawasan Schengen
  Negara dengan sempadan terbuka dengan kawasan Schengen
  Ahli EU terikat dengan perjanjian untuk menyertai kawasan Schengen pada masa hadapan
DasarKesatuan Eropah
JenisKawasan sistem kebenaran perjalanan elektronik
Anggaran pelaksanaan2025
Laman web rasmi ETIAStravel-europe.europa.eu/etias
Negara berkenaan

Sistem Maklumat dan Kebenaran Perjalanan Eropah (ETIAS) ialah keperluan kemasukan yang diperkenalkan oleh Kesatuan Eropah untuk warganegara dikecualikan visa yang membuat perjalanan ke Kawasan Schengen dan Cyprus.[1]

ETIAS adalah serupa dengan kebenaran perjalanan elektronik lain, seperti ESTA di Amerika Syarikat, serta sistem yang dilaksanakan oleh Australia, Kanada dan New Zealand dan dirancang oleh United Kingdom.

ETIAS dijangkakan akan mula beroperasi pada tahun 2025. [2] Akan terdapat tempoh peralihan dan tempoh tangguh selama enam bulan, berikutan pelancaran sistem ini. [3]

Sejarah

Idea sistem kebenaran perjalanan elektronik mula-mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Eropah pada tahun 2016.[4] ETIAS ditubuhkan secara rasmi oleh Regulation (EU) 2018/1240 Parlimen Eropah dan Majlis 12 September 2018. [5]

Skop geografi

Negara Eropah dengan keperluan ETIAS

30 buah negara Eropah akan mengehendaki pengembara dikecualikan visa untuk mempunyai kebenaran perjalanan ETIAS. Negara-negara ini ialah:[6]

Warganegara layak

Warganegara negara bukan EU yang dikecualikan visa perlu memohon kebenaran perjalanan ETIAS. Negara-negara ini ialah:

Memohon ETIAS

Pengembara dikecualikan visa perlu melengkapkan borang permohonan dalam talian dengan menggunakan sama ada laman web rasmi ETIAS (https://travel-europe.europa.eu/etias_en) atau aplikasi mudah alih rasmi.[7]

Permohonan kebenaran perjalanan ETIAS akan dikenakan bayaran sebanyak EUR 7. Pemohon yang berumur kurang daripada 18 tahun atau lebih daripada 70 tahun dikecualikan daripada bayaran ini. Ahli keluarga rakyat EU atau warganegara bukan EU yang berhak bergerak bebas di seluruh Kesatuan Eropah juga dikecualikan daripada fi permohonan.[8]

Kebanyakan permohonan ETIAS dijangka akan diproses dalam masa beberapa minit. Dalam sesetengah kes, proses ini mungkin mengambil masa sehingga 14 hari jika pemohon diminta untuk memberikan maklumat atau dokumentasi tambahan bagi menyokong permohonan mereka atau sehingga 30 hari jika mereka dijemput untuk menghadiri temu duga.[9]

Kebenaran perjalanan ETIAS akan dihubungkan dengan pasport pengembara. Kebenaran ini sah sehingga tempoh 3 tahun atau sehingga pasport yang digunakan semasa permohonan tamat tempoh, atau mana-mana yang terlebih dahulu. Jika pengembara mendapatkan pasport baharu, mereka dikehendaki mendapatkan kebenaran perjalanan ETIAS baharu[10].

Dengan kebenaran perjalanan ETIAS yang sah, pengembara yang dikecualikan visa boleh memasuki wilayah dalam 30 buah negara Eropah seberapa kerap yang diingini untuk penginapan jangka pendek - biasanya sehingga 90 hari dalam mana-mana tempoh 180 hari. Walau bagaimanapun, kebenaran ini tidak menjamin kemasukan. Apabila tiba di sempadan, pengawal sempadan akan meminta untuk melihat pasport dan dokumen lain pengembara bagi mengesahkan bahawa pengembara memenuhi syarat kemasukan yang ditakrifkan dalam Kod Sempadan Schengen.[11]

Pemohon berhak membuat rayuan jika ETIAS mereka ditolak, dimansuhkan atau dibatalkan. Rayuan akan dikendalikan oleh pihak berkuasa yang berkenaan di negara Eropah dengan keperluan ETIAS.[12]

EU telah memberikan amaran kepada pengembara tentang laman web tidak rasmi ETIAS , menyatakan bahawa walaupun sesetengah laman web ini dikendalikan oleh perniagaan yang sah, laman web lain mungkin bertindak secara tidak jujur. [13]

Rujukan

  1. ^ Laman web rasmi ETIAS Kesatuan Eropah. "European countries requiring ETIAS" (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Eropah. Dicapai pada 2024-06-04.
  2. ^ Laman web rasmi ETIAS Kesatuan Eropah. "What is ETIAS?" (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Eropah. Dicapai pada 2024-06-20.
  3. ^ Portal Pejabat Penerbitan Kesatuan Eropah, versi disatukan terkini (2018-09-19). "Official Journal of the European Union, L 236, 19.9.2018, English Edition" (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Eropah. Dicapai pada 2021-05-20.
  4. ^ "Communication from the commission to the European Parliament and the Council, Stronger and Smarter Information Systems for Borders and Security" (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Eropah. 2016-04-06. Dicapai pada 2024-07-20.
  5. ^ Portal Pejabat Penerbitan Kesatuan Eropah, versi disatukan terkini (2018-09-19). "Official Journal of the European Union, L 236, 19.9.2018, English Edition" (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Eropah. Dicapai pada 2021-05-20.
  6. ^ Laman web rasmi ETIAS Kesatuan Eropah. "European countries requiring ETIAS" (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Eropah. Dicapai pada 2024-06-04.
  7. ^ Laman web rasmi ETIAS Kesatuan Eropah. "What is ETIAS?" (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Eropah. Dicapai pada 2024-06-20.
  8. ^ Laman web rasmi ETIAS Kesatuan Eropah. "What you need to apply" (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Eropah. Dicapai pada 2024-08-12.
  9. ^ Laman web rasmi ETIAS Kesatuan Eropah. "What is ETIAS?" (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Eropah. Dicapai pada 2024-06-20.
  10. ^ Laman web rasmi ETIAS Kesatuan Eropah. "What is ETIAS?" (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Eropah. Dicapai pada 2024-06-20.
  11. ^ Laman web rasmi ETIAS Kesatuan Eropah. "What is ETIAS?" (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Eropah. Dicapai pada 2024-06-20.
  12. ^ Portal Pejabat Penerbitan Kesatuan Eropah, versi disatukan terkini (2018-09-19). "Official Journal of the European Union, L 236, 19.9.2018, English Edition" (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Eropah. Dicapai pada 2021-05-20.
  13. ^ Laman web rasmi ETIAS Kesatuan Eropah. "Emergence of the unofficial ETIAS websites" (dalam bahasa Inggeris). Kesatuan Eropah. Dicapai pada 2024-08-12.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.