EEPROM

STMicro M24C02, EEPROM jenis bersiri I²C

EEPROM, singkatan bagi ingatan baca sahaja boleh atur cara-padam secara elektrik (Inggeris: electrically erasable programmable read-only memory), ialah sejenis ingatan tak meruap yang digunakan dalam komputer, dalam mikropengawal bagi kad pintar dan sistem kawalan jauh tanpa kunci, serta peranti elektronik lain untuk menyimpan sejumlah data yang agak kecil sementara membolehkan satu-satu bait untuk dipadam dan diaturcara semula.

EEPROM terdiri daripada sekumpulan transistor pagar apung. EEPROM boleh diaturcara dan dipadam dalam litar dengan menyalurkan signal pengaturcaraan tertentu. Asalnya, EEPROM hanya terhad kepada operasi satu bait yang membuatkannya lebih perlahan, tetapi EEPROM moden boleh menjalankan operasi halaman berbilang bait. Ia juga mempunyai jangka hayat terhad bagi pemadaman dan pengaturcaraan semula, kini mencapai sejuta operasi dalam EEPROM moden. Bagi EEPROM yang kerap diaturcara semula ketika komputer itu sedang digunakan, jangka hayat EEPROM perlu diambil kira dalam reka bentuk komputer tersebut.

Tidak seperti kebanyakan jenis ingatan tak meruap yang lain, EEPROM biasanya boleh memadam satu-satu bait (atau perkataan) dan menulisnya semula satu-persatu, sementara ingatan kilat padam sesetengah kawasan dalam peranti tersebut serentak.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.