Dwidewan

Sistem dwidewan (Jawi: دويديوان) ialah sejenis badan perundangan yang terdiri dari dua dewan majlis perundingan yang berbeza di mana setiap dewan mempunyai ahli serta cara pemilihannya yang tersendiri. Sistem dwidewan berbeza daripada sistem ekdewan, di mana semua anggota berunding dan mengundi sebagai kumpulan yang tersendiri. Setakat 2022, kira-kira 40% daripada badan perundangan negara-negara ialah dwidewan, sementara sistem ekdewan mewakili 60% di peringkat negara dan banyak di peringkat subnegara.[1]

Selalunya, anggota di kedua-dua dewan dipilih atau dilantik mengikut kaedah yang berbeza, di mana berubah dari bidang kuasa ke bidang kuasa yang lain. Ini selalunya boleh membawa kepada kedua-dua dewan mempunyai komposisi anggota yang berbeza.

Penggubalan undang-undang utama biasanya memerlukan majoriti sejajar — penerimaan majoriti anggota di setiap dewan undangan. Apapbila ini berlaku, badan perundangan ini dipanggil sebagai contoh kepada sistem dwidewan sempurna. Bagaimanapun, dalam kebanyakan sistem berparlimen dan separa presiden, dewan yang dipertanggungjawabkan kepada badan eksekutif (seperti Dewan Rakyat United Kingdom dan Dewan Undangan Negara Perancis) boleh membantah dewan satu lagi (seperti Dewan Pertuanan United Kingdom dan Dewan Senat Perancis) dan boleh menjadi contoh bagi sistem dwidewan sumbing. Sesetengah badan perundangan bersandarkan di antara kedua-dua kedudukan tersebut, dengan satu dewan boleh membantah rang undang-undang dewan lain hanya mengikut keadaan tertentu.

Contoh Parlimen Dwidewan di seluruh dunia

Berikut adalah beberapa contoh Parlimen dwidewan di seluruh dunia. Lazimnya, dewan rendah yang dipilih rakyat akan dipanggil dewan perwakilan representative atau common. Manakala dewan yang tinggi di mana ahlinya dilantik akan dipanggil Senat atau Majlis Negeri-negeri atau provinsi. Walaupun begitu terdapat beberapa negara di mana ahli dari kedua-dua dewan adalah dipilih oleh rakyat misalnya Thailand. Di rantau Asia Tenggara, hanya Singapura dan Brunei mangamalkan sistem parlimen satu dewan.

Negara Nama Dewan
Afrika Selatan National Assembly (Perhimpunan Kebangsaan) dan National Council of Provinces
Amerika Syarikat House of Representatives (Dewan Perwakilan) dan Senate (Dewan Senat)
Argentina Cámara de Diputados (Dewan Perwakilan) dan Senado (Dewan Senat)
Australia House of Representatives dan Senate
Kanada House of Commons dan Senate
Filipina Kapulungan ng mga Kinatawan (Dewan Perwakilan Rakyat) dan Senado (Dewan Senat)
India Lok Sabha (Dewan Rakyat) dan Rajya Sabha (Majlis Negeri-Negeri)
Indonesia Dewan Perwakilan Rakyat dan Dewan Perwakilan Daerah
Ireland Dáil Éireann (Dewan Perwakilan) dan Seanad Éireann (Dewan Senat)
Jepun Dewan Rakyat (衆議院, Shuugi-in) dan Dewan Pertuanan (参議院, Sangi-in)
Jerman Bundestag dan Bundesrat
Malaysia Dewan Rakyat dan Dewan Negara
Perancis Assemblée Nationale (Perhimpunan Kebangsaan) dan Senat (Dewan Senat)
Rusia State Duma (Dewan Rakyat) dan Federation Council (Majlis Persekutuan)
Sepanyol Congreso de los Diputados (Dewan Perwakilan) dan Senado (Dewan Senat)
Thailand sapha phuthaen ratsadon - สภาผู้แทนราษฎร (Dewan Perwakilan) dan wuthisapha - วุฒิสภา(Dewan Senat)
United Kingdom House of Commons (Dewan Perwakilan) dan House of Lords (Dewan Pertuanan)

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "IPU PARLINE database: Structure of parliaments". ipu.org. 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2019. Dicapai pada 25 October 2015.

Bacaan lanjut

Pautan luar

Templat:National bicameral legislatures

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.