DuckDuckGo
Logo DuckDuckGo | |
Jenis tapak | Enjin carian web |
|---|---|
| Tersedia dalam | Pelbagai |
| Ibu pejabat | Paoli, PA, United States |
| Pemilik | DuckDuckGo, Inc. |
| Dicipta oleh | Gabriel Weinberg |
| URL | duckduckgo |
| Komersial | Ya |
| Pendaftaran | Tiada |
DuckDuckGo merupakan sebuah enjin carian yang memberikan penekanan dalam perlindungan privasi pencari dan mengelakkan "gelembung penapis" bagi hasil carian yang diperibadikan.[2] DuckDuckGo berbeza dengan enjin carian yang lain kerana ia tidak memprofilkan para penggunanya dan dengan sengajanya memaparkan hasil carian yang sama untuk istilah carian yang diberikan. Ia juga menekankan aspek dalam mendapatkan maklumat daripada sumber terbaik berbanding sumber kebanyakan, menjana hasil carian daripada tapak-tapak yang menjadi tumpuan seperti Wikipedia dan daripada perkongsian dengan enjin carian lain seperti Bing, Yandex, Yahoo dan WolframAlpha.[3]
Syarikat pengendali DuckDuckGo berpusat di Paoli, Pennsylvania, Amerika Syarikat dan mempunyai 20 orang pekerja. Nama syarikat itu berasal daripada permainan kanak-kanak, duck, duck, goose.[4][5]
Pada 21 Mei 2014, DuckDuckGo melancarkan versi yang direka semula dimana ia memfokuskan pada jawapan yang lebih bijak dan rupa yang lebih elegan. Versi baharu menambah ciri yang seringkali diminta seperti imej, carian tempatan, autocadangan dan banyak lagi.[6]
Rujukan
- ^ "Duckduckgo.com Site Info" (dalam bahasa Inggeris). Alexa Internet. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-23. Dicapai pada 23 Mei 2013.
- ^ Buys, Jon (10 Julai 2010). "DuckDuckGo: A New Search Engine Built from Open Source" (dalam bahasa Inggeris). GigaOM OStatic blog. Dicapai pada 19 Mac 2013.
- ^ "DuckDuckGo, Inc. Sources" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Sokongan DuckDuckGo. 20 Jun 2013. Dicapai pada 12 Julai 2013.[pautan mati kekal]
- ^ Rosenwald, Michael (9 November 2012). "Ducking Google in search engines". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2013.
- ^ Arthur, Charles (10 Julai 2013). "NSA scandal delivers record numbers of internet users to DuckDuckGo" (dalam bahasa Inggeris). The Guardian. Dicapai pada 10 Julai 2013.
- ^ "DuckDuckGo Reimagined & Redesigned" (dalam bahasa Inggeris). Blog DuckDuckGo. Dicapai pada 24 Mei 2014.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.