Drosera

Drosera
Drosera tokaiensis
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Drosera

Subgenus
Sinonim[1]
  • Adenopa Raf.
  • Dismophyla Raf.
  • Drossera Gled.
  • Esera Neck.
  • Filicirna Raf.
  • Freatulina Chrtek & Slavíková
  • Rorella Hill
  • Rossolis Adans.
  • Sondera Lehm.
Drosera leucoblasta

Drosera ialah genus tumbuhan karnivor menganggotai keluarga Droseraceae.[1] Spesies-spesies tumbuhan dalam genus ini mendapatkan sumber mineral dengan menangkap serangga yang mengerumuninya menggunakan lendir dihasilkan kelenjar-kelenjar yang memenuhi permukaan daun-daunnya. Ia antara genus yang terbesar dengan sekurang-kurangnya 194 spesies.[2] Spesies-spesies ini datang dalam pelbagai rupa dan besar yang ditemukan di setiap benua kecuali Antartika;[3] ada spesies yang ditemukan di kawasan bermusim, dan ada juga spesies yang ditemukan di kawasan lembap.[4]:377

Taksonomi

Nama genus tumbuhan ini dijejak daripada kata bahasa Yunani Purba δρόσος drosos "embun"[5] kerana titisan-titisan lendir di hujung dedaunnya yang berkilau seperti embun pagi.[6]

Ciri botani

Spesies-spesies Drosera tumbuh baik di tanah yang berpasir, berasid atau kurang nutrien.[4]:377

Akar

Sistem-sistem akar banyak spesies genus ini kurang membangun atau hilang fungsi pusaka. Akar-akarnya nipis dengan rerambut yang panjang.[7]:129-130

Daun

Daun-daun setiap spesies dalam genus ini mempunyai kelenjar yang merembeskan bahan musilaj yang melekit dan manis lalu menarik perhatian serangga. Sebaik serangga ini tersentuh daun ini, kaki-kaki ia akan melekat pada musilaj ini sehingga ia terperangkap. Serangga ini kesudahannya mati kepenatan cuba membebaskan diri atau lemas kerana spirakel pernafasannya disumbat dalam masa 15 minit.[8] Semua spesies genus ini boleh bertindak balas selepas disentuh mangsa yang sekecil seekor agas.[8]

Sementara itu, tumbuhan yang telah memerangkap serangga ini merembeskan enzim-enzim esterase, peroksidase, fosfatase dan protease.[9]:41 Enzim-enzim ini melarutkan bangkai serangga mengeluarkan nutrien yang terkandung dalamnya, nutrien ini diserap melalui permukaan daun-daun tumbuhan dan disalurkan ke seluruh bahagian tumbuhan tersebut.

Rujukan

  1. ^ a b "Drosera L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 13 January 2023.
  2. ^ McPherson, S.R. (2010). Carnivorous Plants and their Habitats. Poole, England, UK: Redfern Natural History Productions Ltd. 2 jilid.
  3. ^ McPherson, S.R. (2008). Glistening Carnivores. Poole, England, UK: Redfern Natural History Productions Ltd.
  4. ^ a b Steenis, C.G.G.J. van (1948). "Droseraceae". Flora Malesiana. 4 (1): 377–381.
  5. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "δρόσος". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  6. ^ Darwin yang Tua, Robert Waring (1787). Principia Botanica; Or, A Concise and Easy Introduction to the Sexual Botany of Linnæus, Etc. [The Preface Signed: R. W. D., I.e. Robert W. Darwin, the Elder.]. Newark, New Jersey, Amerika Syarikat: Allin & Company. m/s. 68.
  7. ^ Adlassnig, Wolfram; Peroutka, Marianne; Lambers, Hans; Lichtscheidl, Irene K. (Julai 2005). "The Roots of Carnivorous Plants". Plant and Soil. 274 (1–2): 127–140. doi:10.1007/s11104-004-2754-2.
  8. ^ a b Darwin, Charles (1875). Insectivorous Plants. ISBN 978-1-4102-0174-4. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Julai 2005.
  9. ^ Barthlott, Wilhelm; Porembski, Stefan; Seine, Rüdiger; Theisen, Inge (2004). Karnivoren Biologie und Kultur fleischfressender Pflanzen. Stuttgart, Jerman: Verlag Eugen Ulmer. ISBN 9783800141449.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.