Domo-kun

Iklan untuk Domo-kun di dalam bas di Stesen Shibuya, Tokyo.

Domo (どーもくん, Dōmo-kun) ialah maskot rangkaian televisyen NHK Jepun yang muncul dalam beberapa sketsa animasi gerak henti 30 saat yang berfungsi sebagai pengenalan rancangan.

Latar belakang

Domo, selaku watak utama, dihuraikan dalam laman web rasni bahasa Inggeris sebagai "seekor makhluk aneh yang menetas dari sebiji telur." [1] Nama "Domo" diperoleh ketika episod kedua rancangannya apabila seorang juruhebah TV berkata, "doumo, konnichiwa" (どうも、こんにちは), yang lebih kurang bermaksud, "Apa khabar di sana?", atau "Apa khabar, Domo?". Akhiran kun pada "Domo-kun" ialah gelaran mesra yang sering dipakai apabila menyapa lelaki yang lebih muda. Makanan kegemaran Domo-kun ialah gulai daging dan ubi kentang, manakala dia paling benci epal, gara-gara satu misteri yang belum terjawab dalam DNA-nya. Domo-kun juga selalu kembung apabila gementar atau marah.[1]

Domo tinggal dalam sebuah liang bawah tanah bersama Usaji (うさじい, Usajii) [2] [1], seekor arnab tua bijaksana yang gemar menonton televisyen dan minum teh hijau. Nama Usaji adalah kata lakur perkataan usagi (ウサギ), (arnab), dan jii-chan (じいちゃん) (atuk). Usaji tidak gemar bahan-bahan "baharu" dan juga tidak ada telefon. Dari segi fesyen, Usaji lebih mementingkan bahan berbanding bentuk. Makanan kegemaran Usaji ialah lobak, manakala dia paling tidak gemar makan "benda-benda yang tidak bererti."

Dalam liang itu juga didiami dua ekor kelawar, iaitu si ibu bernama Shinobu (しのぶ)[2] dan anaknya Morio (もりお). Shinobu menderita alkoholisme.

Satu lagi watak utama dalam siri cerita ringkas ini ialah seekor musang bernama Tā-chan (たーちゃん) [2] [1]. Tā-chan yang berusia 17 tahun ini hendak menjadi jurugaya atau peragawati di Tokyo dan selalu menggunakan teknologi (TV, telefon bimbit, dan kamera). Makanan kegemarannya ialah aprikot dan tart pudina, manakala landak laut paling dijauhi seleranya. [1] Nama Tā-chan berasal dari perkataan "berbilang saluran" (多チャンネル, tachanneru) dalam penyiaran digitak.

Pautan luar

  1. ^ a b c d e English page Diarkibkan 2007-12-03 di Wayback Machine, Domomode
  2. ^ a b c "Who? Diarkibkan 2008-03-10 di Wayback Machine," Domo Nation

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.