Digimon

Digimon (デジモン dejimon, singkatan デヅタルモンスター dejitaru monsutā "Digital Monster") adalah siri berbentuk media dan barangan yang popular Jepun, merangkumi anime, manga, mainan, permainan video, permainan kad dan sebagainya. Digimon merujuk kepasa raksasa pelbagai bentuk yang tinggal di "Dunia Digital", suatu alam selari yang berasal daripada penubuhan pelbagai rangkaian komunikasi di Bumi.

Mengenai Makhluk Digimon

Digimon menetas dari telur yang digelar telur digi. (dalam versi bahasa Inggeris francais ini terdapat satu lagi jenis Digi-Egg yang boleh digunakan untuk menukar bentuk Digimon. Jenis kedua Digi-Egg ini merupakan "Digimental" dalam versi bahasa Jepun.) Makhluk ini menambah usia melalui proses evolusi ("Digivolution" dalam versi Inggeris) yang mengubah wajahnya dan menambahkan kuasa zahir mereka. Terdapat Digimon yang buas bagaikan hidupan liar di habitat semulajadi; namun, kebanyakannya memiliki ciri-ciri manusia seperti berakal, bertutur, dan berciri-ciri keperibadian. Anime Digimon pertama memperkenalkan kitaran hidup Digimon: makhluk ini menambah usia dalam cara yang sama seperti organisma hidup di dunia sebenar, cuma tidak mati dalam keadaan normal kerana dibuat daripada data yang boleh dikonfigurasi semula. Digimon yang tua dan Digimon yang terkena kecederaan yang membawa maut akan berkecai menjadi butiran data yang tidak terkira. Data itu kemudian membina semula dengan sendirinya sebagai Digi-Egg lalu Digimon itu melalui kitaran hidup semula. Digimon yang lahir semula dalam cara ini mungkin dapat mengekalkan beberapa atau kesemua memorinya dari kehidupan yang sebelumnya. Bagaimanapun, jika seluruh data Digimon itu musnah, maka mereka mati tanpa lahir semula.

Siri Digimon

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.