Dia Random Guy

Dia Random Guy
GenreDrama
Cinta
Konflik
Berdasarkan daripada
Dia Random Guy karya Farah Husain
Ditulis olehPGRS Team
PengarahMP Roslin
Dibintangi oleh
Tania Hudson
Afiq Muiz
Scha Elinnea
Nazim Othman
Lagu pembukaanCinta Qasih - Nubhan & Mila Jirin
Lagu penutupCinta Qasih - Nubhan & Mila Jirin
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Dato' Ramly
Zetty Adila Dato' Ramly
PenerbitDatin Zaiton Muhd Jiwa
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Global Station Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV Okey
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal14 Februari 2020 – 4 Mac 2021
Kronologi
MengikutiAku, Dia dan Pinky Promise
Diikuti olehManuskrip Cinta

Dia Random Guy ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 terbitan Global Station Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh MP Roslin. Ia dibintangi oleh Tania Hudson, Afiq Muiz, Scha Elinnea dan Nazim Othman. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Drama Okey, TV Okey pada 14 Februari 2020 menggantikan Aku, Dia dan Pinky Promise.

Sinopsis

Pertemuan pertama Amzar dan Alina hanyalah kerana salah faham. Alina yang tak mahu digelar 'loser' sebab masih belum berteman di kala umur sudah menjejak 30-an, pantas menarik lengan Amzar yang kebetulan berada di situ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya bagi mengelak daripada menjadi mangsa sindiran Zufa, musuh tradisinya sejak zaman persekolahan.

Hidup Amzar menjadi huru-hara selepas tercetusnya kisah tunangan segera itu. Bagaikan sudah tersurat, selepas peristiwa itu mereka dipertemukan pula di tempat kerja Alina dan Amzar diperkenalkan sebagai bakal majikan barunya. Amzar menggunakan peluangnya untuk membalas rasa sakit hatinya pada Alina sehingga Alina dibuang kerja dengan alasan untuk mengurangkan beban kewangan syarikat.

Pertemuan Alina dengan Zafril, abang kepada Amzar membawa kisah Amzar dan Alina ke fasa yang lain. Daripada perasaan benci kepada sebaliknya. Bunga-bunga dalam hati mula berkembang tapi tiba-tiba datang pula gangguan daripada Hairi, bekas teman lelaki Alina yang pernah mencoret luka dalam hidup Alina. Gangguan demi gangguan dari Hairi dan juga bekas isteri Hairi membuatkan Amzar mengambil kesempatan untuk mengikat Alina dengan syarat.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Rujukan

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.