DeHearty
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
DeHearty | |
|---|---|
| Asal | Malaysia |
| Genre | Nasyid |
| Tahun aktif | 2004 |
| Kegiatan berkaitan | Berkumpulan |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kumpulan DeHearty merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu.
Sejarah Penubuhan
Kumpulan DeHearty telah ditubuhkan pada Ogos 2003 oleh Hisyam bin Ahmad, bekas anggota kumpulan In-Team yang ketika itu telah tamat pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Penubuhan DeHearty bermula apabila Hisyam yang baru setahun meninggalkan In-Team dilamar oleh pihak pengurusan NAR Records, sebuah syarikat rakaman tempatan yang pernah mengedarkan album-album terbitan Hijjaz Records seperti UNIC, Ae-man dan juga In-Team. Pada mulanya, NAR Records menawarkan Hisyam untuk merakamkan album solo, namun Hisyam pada ketika itu berasa janggal untuk bergerak solo kerana sudah terbiasa bergerak secara kumpulan mencadangkan NAR Records untuk menubuhkan kumpulan nasyid yang akan diketuai oleh beliau sendiri selaku penyanyi utama. NAR Records kemudiannya bersetuju dengan permintaan Hisyam dan meminta beliau untuk mencari sendiri anggota-anggota bagi melengkapkan penubuhan kumpulan nasyid baharu. Beberapa orang calon telah disenarai pendek oleh Hisyam untuk sesi uji bakat, namun akhirnya 3 orang mahasiswa UIA iaitu Azrul, Zulfahmi dan Warie dipilih sebagai anggota rasmi yang akan bersama beliau untuk menubuhkan sebuah kumpulan nasyid baharu dan tertubuhlah DeHearty.
Setelah beberapa bulan mereka merakamkan lagu di studio milik NAR Records, akhirnya siaplah album pertama DeHearty yang diberi judul Di Hati pada tahun 2004. Album ini memperkenalkan DeHearty sebagai kumpulan nasyid yang boleh berdiri sebaris dengan kumpulan nasyid lain seperti Hijjaz, In-Team, UNIC, Mestica, Rabbani dan Raihan. Album ini memperkenalkan lagu-lagu hit mereka seperti Inspirasi Hati, Di Hati, Pasrah Segalanya, Bidadari Hidupku, Kembara Hidup, Kasih Sayang dan sebuah lagu sirah berjudul Abu Bakar as-Siddiq. Biarpun mereka dikenali ramai, namun ada sedikit kontroversi yang melanda mereka apabila ada yang mengatakan bahawa lagu Pasrah Segalanya sebenarnya ditujukan kepada kumpulan lama Hisyam iaitu In-Team berdasarkan pada keterangan di kulit album Di Hati itu. Namun, kontroversi itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang maklum balas dari kedua-dua pihak.
Setahun kemudian, mereka telah menghasilkan album kedua yang berjudul Insan Istimewa yang dikeluarkan pada tahun 2005. Album ini melonjakkan lagi nama mereka dengan lagu-lagu hit seperti Wanita, Permata Yang Dicari, Cinta Bersulam Noda dan sebuah lagu sirah yang berjudul Siti Zulaikha.
Namun selepas album Insan Istimewa, DeHearty seakan menyepi dari dunia nasyid berikutan perubahan landskap muzik yang pada ketika itu cenderung kepada lagu-lagu indie. Akhirnya kumpulan ini tidak lagi aktif biarpun mereka sebenarnya telah menandatangani perjanjian untuk membolehkan aktiviti seni mereka diuruskan oleh Inteam Records pada tahun 2007.
Ahli
- Hisyam bin Ahmad (Hisyam)
- Mohd Azrul Azlan bin Abd Hamid (Azrul)
- Zulfahmi bin Said (Zul)
- Sadzwarie bin Mohd Dom (Warie)
Diskografi
| Tahun | Judul | Jualan |
|---|---|---|
| 2004 | Di Hati
|
|
| 2005 | Insan Istimewa
|
Album
Di Hati (2004)
- Pasrah Segalanya
- Selawat Burdah
- Kembara Hidup
- Pengantin Baru
- Balik Kampung
- Di Hati
- Bidadari Hidupku
- Abu Bakar As-Siddiq
- Kasih Sayang
- Inspirasi Hati[1]
Insan Istimewa (25 Julai 2005)
- Permata Yang Dicari
- Cinta Bersulam Noda
- Kau Hadir
- Wanita (Piano Version)
- Siti Zulaikha
- Ayah
- Indahnya Ciptaan Mu
- Janjiku
- Erti Persahabatan Ini
- Wanita[2]
Lagu-Lagu
Trivia
- Pada tahun 2015, Hisyam yang merupakan penyanyi utama & ketua kumpulan DeHearty telah kembali menganggotai kumpulan asalnya, Inteam yang dianggotai oleh sahabat-sahabatnya iaitu Syah, Hazamin dan Rahim.
- Azrul Azlan kini merupakan felo di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sambil bekerja di belakang tabir.
- Azrul Azlan juga berbakat dalam penciptaan lagu dan penulisan lirik. Antara lagu yang menerima sentuhan pemilik nama pena Adi Pawana ini ialah lagu Cahaya 114 nyanyian Khai Bahar dan Hijab Rindu nyanyian Black Hanifah.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
