DXN

DXN tersenarai di Pasaran Utama Bursa Securities, merupakan pengeluar global bagi produk nutraseutikal, menggabungkan manfaat perubatan daripada sumber semula jadi seperti cendawan boleh dimakan dan spirulina dengan bioteknologi terkini. Syarikat ini memiliki kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penanaman bagi meningkatkan proses pengeluaran dan membangunkan inovasi produk baharu. Portfolio produk DXN yang luas merangkumi makanan dan minuman yang diperkaya, suplemen kesihatan dan pemakanan, serta produk penjagaan diri dan kosmetik. Dengan kehadiran pasaran global yang kukuh, DXN beroperasi di Amerika Latin, Timur Tengah, Afrika, Eropah dan Asia..[1][2]
Ladang Ganoderma
Organisasi ini mempunyai ladang Ganoderma seluas 30 ekar di Bukit Wang dan 10 ekar di Bukit Pinang, Kedah. Kedua-dua ladang milik DXN ini mempunyai beberapa kelebihan dalam penanaman Ganoderma berkualiti tinggi.
DXN Pharmaceutical
DXN Pharmaceutical Sdn. Bhd, merupakan kilang bersepadu milik DXN. Ia merupakan lambang kebanggaan DXN kerana berjaya mendirikan sebuah kilang yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan peralatan canggih.
Kilang DXN Pharmaceutical yang berstatus "Good Manufacturing Practice (GMP)" secara rasminya dibuka pada 9 Jun 2001. Ia mempunyai keluasan hampir 28,000 kaki persegi dan merupakan salah sebuah daripada kilang yang mempunyai mesin serta prasarana terbaik di dunia.
Kemudahan perkilangan adalah untuk memenuhi perkembangan pesat permintaan pasaran dunia sementara kemudahan mesin-mesin terkini sebagai persediaan ke arah peningkatan kapasiti pengeluaran berganda. Setakat ini, lebih 80% daripada produksi yang dijalankan di kilang DXN Pharmaceutical adalah untuk permintaan pasaran di seluruh dunia.
Rujukan
- ^ "DXN Europe Branches and Service Centers". Dicapai pada November 28, 2018.
- ^ "Contact Us". DXN Asia. Dicapai pada November 28, 2018.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.