Couple
Couple | |
|---|---|
| Asal | Kuala Lumpur |
| Genre | Indie pop power pop |
| Tahun aktif | 1996 |
| Diskografi | Lihat: Couple discography (en) |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Couple ialah sebuah kumpulan pop rock indie Malaysia yang ditubuhkan pada 1996, terdiri daripada 4 orang ahli dan merupakan antara kumpulan indie terawal[1] dan masih bergerak aktif sehingga kini.
Kumpulan ini banyak menggunakan promosi lagu-lagu mereka melalui media Internet kerana kesukaran mendapat tempat di stesen radio. Antara lagu yang dipromosi ialah 'Pergi' yang dimainkan oleh kumpulan ini sendiri iaitu hasil ciptaan bekas pemain gitar (Idris) dan vokalis mereka (Aidil) Kumpulan ini ditubuhkan oleh 4 orang anak muda tempatan dan Aidil merupakan "brainbox" bagi kumpulan Couple. [2][3]
Pencapaian
Kumpulan Couple pernah dicalonkan bagi Anugerah Pop bersama Datuk Siti Nurhaliza dalam Anugerah Shout! 2009. Mereka turut terbabit dengan pelancaran wajah baru Hai di Seremban Parade. [4]
Kumpulan ini turut terbabit dalam Konsert KL Tower Music Fest 2010 di Menara Kuala Lumpur.[5]
Pasaran luar negara
Kumpulan Couple berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila album terdahulu sudahpun memasuki pasaran Jepun dan Amerika Syarikat (AS) beberapa tahun lalu. Sehingga kini masih terdapat album Couple yang dijual di kedai-kedai kaset di Jepun manakala majalah hiburan di AS pula masih lagi memberikan liputan terhadap Couple sehingga kini. Antara lain, lagu Now That I Can See menjadi lagu tema bagi rancangan Humanzee, sebuah siri televisyen di Amerika Syarikat.
Diskografi
EP
- Telegrams from the Heart (2001)
Album studio
- Top Of The Pop (2006)[6]
- Teenage Disc Fantastic (2008)[7]
- Pop Tak Masuk Radio (2010)
Ahli kumpulan
- Mohd. Aidil Rusli (vokal)
- Ariana Adnan (gitar)
- Firdaus Zainuddin (dram)
- Izzat Ezzart (bass)
Bekas ahli
- Hana Abdul Aziz (gitar)
- Ihsan Ariffin (drum)
- Ojoe Azizul (bass)
- Awang Masrin (bass)
- Shahrin Ismail ( drum )
Rujukan
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
