Chuseok
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
- Rencana ini adalah tentang Hari Kesyukuran di Korea. Untuk kegunaan lain, sila lihat Hari Kesyukuran (nyahkekaburan).
| Chuseok چوسوك | |
|---|---|
Jesasang, penyediaan meja pada hari Chuseok. | |
| Nama rasmi | Chuseok (추석, 秋夕) |
Juga dikenali sebagai | Hangawi (한가위) |
Diraikan oleh/di | orang Korea |
| Jenis | Kebudayaan |
| Kepentingan | Disambut selepas musim menuai ketika musim luruh |
| Upacara | Menziarahi kampung halaman, penyembahan roh nenek moyang, jamuan tuaian, songpyeon dan arak beras. |
| Tarikh | Hari ke-15 pada bulan ke-8 (kalendar Korea) |
| Tarikh 2025 | 22 September |
| Tarikh 2026 | 12 September |
| Tarikh 2027 | 30 September |
Berkaitan dengan | Pesta Pertengahan Musim luruh (Perayaan Kuih Bulan), Hari Kesyukuran |
| Chuseok | |
Upacara makanan Chuseok. | |
| Nama Korea | |
|---|---|
| Hangul | 추석 |
| Hanja | |
| Perumian Semakan | Chuseok |
| McCune–Reischauer | Ch'usŏk |
Perayaan Chuseok (Korea: 추석), Jungchujul, Gabe atau Hangawi (Korea: 한가위, nama dalam bahasa Korea purba untuk "pertengahan hebat") merupakan perayaan hari kesyukuran penting bagi masyarakat Korea. Perayaan Chuseok disambut pada hari ke-15 dalam bulan ke-8 menurut kalendar lunar masyarakat Korea. Chuseok bererti hari kebesaran dalam pertengahan bulan Ogos sebagai menyambut musim menuai. Perayaan ini mempunyai erti istimewa bagi masyarakat Korea di mana pada hari itu mereka kembali ke kampung halaman (bon-ga) untuk berziarah di makam para nenek moyang.
Tradisi

Pada masa kini di Korea Selatan, masyarakat Korea yang tinggal di bandar besar seperti Seoul dan Incheon akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Mereka melakukan upacara penyembahan nenek moyang pada awal pagi. Antara tradisi menyambut perayaan Chuseok adalah bulcho, sungmyo dan charye. Selain itu, salah satu makanan utama yang disediakan pada hari perayaan Chuseok ialah Songpyeon (송편). Songpyeon merupakan sejenis kek nasi berbentuk bulan sabit yang dikukus pada jarum pain.
Bulcho dan sungmyo
Tradisi ini dilakukan di kawasan perkuburan. Tradisi bulcho merupakan satu tradisi dimana masyarakat Korea akan menziarahi kubur ahli keluarga mereka sepanjang musim panas serta membersihkan kawasan kubur seperti mencabut rumput. Sungmyo pula adalah tradisi memberi penghormatan kepada kubur ahli keluarga. Tradisi ini dilakukan dengan memberi tunduk hormat dan menyediakan hidangan seperti alkohol, buah-buahan, daging dan shikhye.
Charye
Charye adalah suatu tradisi menyediakan meja dengan makanan untuk dipersembahkan kepada nenek moyang di rumah. Terdapat pelbagai langkah teliti diambil kira bagi menyediakan meja seperti menyalakan lilin sebelum minuman beralkohol di tuang ke dalam tiga cawan yang berbeza dan tunduk hormat sebanyak dua kali selepas itu. Setiap hidangan juga mempunyai tempat tertentu untuk dihidangkan pada atas meja.
Tarikh Chuseok (takwim Gregory)
Berikut merupakan tarikh perayaan Chuseok mengikut kalendar Gregory. Sehari sebelum dan selepas Chuseok adalah hari kelepasan umum di Korea Selatan.[perlu rujukan]
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.