Choice37
Choice37 | |
|---|---|
| Nama lahir | Robin Cho |
| Juga dikenali sebagai | Robin |
| Kelahiran | Los Angeles, California, Amerika Syarikat |
| Warganegara | Amerika Syarikat dan Korea Selatan |
| Genre | K-pop, Hip hop, R&B |
| Pekerjaan | Penerbit rakaman, penulis lagu, DJ |
| Syarikat pengurusan | YG |
| Syarikat rakaman | YG Entertainment |
| Kegiatan berkaitan | Longevity Crew |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Robin Cho[1] atau lebih dikenali sebagai Choice37 adalah seorang penerbit rakaman, penulis lagu dan DJ berketurunan Korea-Amerika Syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan.[2] Beliau menyertai syarikat rakaman YG Entertainment (YGE) sebagai penerbit pada tahun 2009[3] dan sejak itu telah menghasilkan lagu-lagu untuk penyanyi K-pop termasuklah BIGBANG, BLACKPINK, G-Dragon, iKON dan Lee Hi.[4][5][6][7][8]
Biografi
Choice37 telah dilahirkan dan dibesarkan Los Angeles, California, Amerika Syarikat, di mana beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan hip-hop, Longevity Crew. Kumpulan ini telah melancarkan sebuah album iaitu Everything Builds pada tahun 2005.[9] Choice37 juga sendiri telah melancarkan satu album solo, Diligence.[10] Pada 2008, beliau berpindah ke Korea Selatan di mana beliau diperkenalkan kepada ketua pegawai eksekutif YGE ketika itu, Yang Hyun-suk melalui rakan masa kecil dan penerbita rakaman Teddy Park. Choice37 kemudiannya bekerja untuk YG dan lagu beliau "Butterfly" (Kupu-kupu) yang dipersembahkan oleh G-Dragon dilancarkan pada tahun 2009.[2]
Anugerah
| Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan | Ruj. |
|---|---|---|---|---|
| 2013 | Anugerah Rhythmer | Penerbit Tahun Ini | Menang | [2] |
Rujukan
- ^ "#ZoukKL: Heatwave Launch Ft. Masta Wu & YG Entertainment's Choice37". Hype Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 24 November 2016. Dicapai pada 28 Disember 2018.
- ^ a b c "초이스37 – LA서부터 꿈 키운 힙합 키드, YG에서 꽃 피우다". Rhythmer (dalam bahasa Korea). 1 April 2013. Dicapai pada 25 Mei 2015.
- ^ "인플루언서의 시대 Vol.1(초이스37, 리아킴, 크러쉬, 포니)". W Korea (dalam bahasa Korea). 30 Oktober 2017. Dicapai pada 28 Disember 2018.
- ^ "[INTERVIEW] BIGBANG speaks about last album 'MADE'". The Korea Times (dalam bahasa Inggeris). 13 Disember 2016. Dicapai pada 28 Disember 2018.
- ^ "블랙핑크 "'마지막처럼', 여름에 듣기 좋은 신나는 노래"". No Cut News (dalam bahasa Korea). 22 Jun 2017. Dicapai pada 28 Disember 2018.
- ^ "The Making of G-Dragon's "Coup D'Etat"". Complex. September 10, 2013. Dicapai pada December 28, 2018.
- ^ "iKon 'Return' with New Album & 'Love Scenario' Single". Billboard. 25 Januari 2018. Dicapai pada 28 Disember 2018.
- ^ "이하이, 프로데뷔 카운트다운 '1, 2, 3, 4'". JoongAng Ilbo (dalam bahasa Korea). 10 Oktober 2012. Dicapai pada 28 Disember 2018.
- ^ "Longevity Crew". Okayplayer (dalam bahasa Inggeris). 20 September 2005. Dicapai pada 29 Disember 2018.
- ^ "Choice37 Interview: Smooth Transitions and Choice Selects". Gumship. September 10, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2013. Dicapai pada 29 Disember 2018.
Pautan luar
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
