Charok Chupak
| Charok Chupak | |
|---|---|
Caruk Chupak | |
| Lokasi | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Kedah Darul Aman |
| Daerah | Padang Terap |
| Mukim | Batang Tunggang Kiri |
| Ciri-ciri fizikal | |
| Sumber | Bukit Damar |
| • lokasi | dekat sempadan Malaysia–Thailand |
| • koordinat | 6°27′14″U 100°44′31″T / 6.454°U 100.742°T |
| • ketinggian | 261 meter (856.3 ka) |
| Muara | Sungai Durian Burong |
• lokasi | di Kampung Durian Burong |
• koordinat | 6°27′00″U 100°43′26″T / 6.45°U 100.724°T |
• ketinggian | 85 meter (278.9 ka) |
| Panjang | 2.30 kilometer (1.4 bt)[1] |
| Ciri-ciri lembangan | |
| Pergerakan | Sungai Durian Burong → Sungai Padang Sanai → Sungai Padang Terap → Sungai Anak Bukit → Sungai Kedah → Selat Melaka |
| Anak sungai | |
| • kiri | anak sungai tanpa nama |
| • kanan | anak sungai tanpa nama |
Charok Chupak (Jawi: چاروق چوڤق), atau juga dikenali sebagai Charuk Chupak dan Caruk Cupak merujuk kepada sebatang sungai di Daerah Padang Terap, iaitu salah satu daerah di Kedah Darul Aman, Malaysia.[2] Charok Chupak mengalir di sepanjang kawasan perhutanan di Mukim Batang Tunggang Kiri, bermula di Bukit Damar dan tamat di pertemuan Sungai Durian Burong.[1][3] Ia terletak kira-kira 400 kilometer (248.5 bt) ke arah utara dari ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.
Sejarah
Rekod terawal mengenai Charok Chupak dijumpai dalam gazetir, "Gazetter (No. 11) – Malay States" yang diterbitkan pada tahun 1944, karya Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan kedudukan koordinat di 6°27′U 100°44′T / 6.450°U 100.733°T.[2]
Ciri-ciri fizikal
Berdasarkan peta Tanah Melayu bersiri HIND 1035 oleh Jabatan Ukur Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS Survey), sumber bagi Charok Chupak terletak di Bukit Damar dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 262 meter (859.6 ka), di rujukan grid RG4797. Sumber sungai ini terletak berhampiran dengan sempadan antarabangsa Malaysia–Thailand.[4][5] Charok Chupak akan memasuki zon pentadbiran Pekan Durian Burung, meninggalkan Mukim Batang Tunggang Kiri, sebaik sahaja saliran menuju ke arah barat daya.[1] Terdapat sebuah estet, apabila sebatang sungai daripada Bukit Damar bermuara di Charok Chupak. Charok Cupak akan menelusuri kaki bukit Bukit Badong dengan sedikit melengkung dan diteruskan hingga ke muara sungai dengan membuat pertemuan antara Sungai Durian Burong, di ketinggian atas min aras laut iaitu 85 meter (278.9 ka) di Kampung Durian Burong di RG4596.[1][4][5]
Ciri-ciri lembangan
Menurut peta FMS Survey, terdapat tiga sungai tanpa nama bermuara di Charok Chupak.[4][5]
Berdasarkan peta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, ada lapan sungai tanpa nama bermuara di saliran ini.[1]
Klimatologi
Iklim di sekitar kawasan lembah Charok Chupak ialah iklim khatulistiwa (dikelaskan sebagai Af dalam pengelasan iklim Köppen).[6] Purata suhu di lembah sungai Charok Chupak pada tahun 2000 hingga 2019 ialah 27.4 °C (81.3 °F). Bulan yang paling panas ialah April dengan suhu mencecah 28.5 °C (83.3 °F) dan bulan paling sejuk ialah Disember dengan suhu 26.6 °C (79.9 °F).[7][8] Purata pembentukan kerpasan iaitu air hujan turun di sekitar kawasan ini adalah 2,152 milimeter (84.7 in) pertahunnya. Bulan November merekodkan bulan pembentukan kerpasan yang tinggi iaitu, sebanyak 286.1 milimeter (11.3 in) manakala bulan yang paling rendah pembentukannya pula terjadi pada bulan Februari dengan 591 milimeter (23.3 in).[7][8]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c d e "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ a b Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
- ^ "Charok Chupak, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). Geonames. 27 Februari 2023. Dicapai pada 27 Februari 2023.
- ^ a b c Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. HIND 1035: Kepingan 2 E/11 (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Survey Department, Federated Malay States. 1945.
- ^ a b c Malay Peninsula 1945 – Kedah (Peta). 1:63,360. GSGS 4203: Kepingan 2E/11 (dalam bahasa Inggeris). Malaysia: Survey Department Federated Malay States, Great Britain War Office General Staff Geographical Section. 1949.
- ^ Peel, M C; Finlayson, B L. "Updated World Map of The Köppen-Geiger Climate Classification" [Peta Dunia Baharu mengenai Pengelasan Iklim Köppen-Geiger]. Hydrology and Earth System Sciences (dalam bahasa Inggeris). 11: 1633–1644. doi:10.5194/hess-11-1633-2007. Dicapai pada 30 Januari 2016.
- ^ a b Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Kampung Peraduan Sonkeh, Kedah, Malaysia (2000–2019)" (dalam bahasa Inggeris). Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 20 September 2022.
- ^ a b Ian C Harris; Philip D. Jones; Tim Osborn; Climatic Research Unit (2021). "CRU TS4.05: Climatic Research Unit (CRU) Time-Series (TS) version 4.05 of high-resolution gridded data of month-by-month variation in climate (Jan. 1901- Dec. 2020)" (dalam bahasa Inggeris). NERC EDS Centre for Environmental Data Analysis. Dicapai pada 10 Februari 2023.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.