Canang

Canang
Canang tunggal

Canang (Jawi: چانڠ) merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat "penanda masa" (time marker) dalam kumpulan paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.

Dalam konteks persembahan yang berhubungan dengan teater tradisional, ia disertakan secara berpasangan iaitu canang "ibu" dan "anak".

Manakala dalam ensembel bagi mengiringi tarian istana seperti Tarian Asyik, mengikut amalan semasa, sebanyak empat biji canang digunakan dan dilaraskan mengikut sistem diatonik yang mempunyai pic suara yang tepat (definite pitch).

Lazimnya dalam ensembel paluan Asyik, sebanyak empat biji canang yang dilaraskan mengikut sistem diatonik dengan nada seperti C, D, E, dan G (mengikut skala Major) digunakan untuk memainkan mod irama bersifat minimalisme secara berulang-ulang.[1]

Kini, dua jenis canang yang sering dihasilkan ialah yang diperbuat daripada besi dan gangsa.[2]

Kegunaan lain

Canang juga digunakan bagi menyebar pengistiharan/titah sultan pada zaman dahulu. Oleh itu, ia juga membawa maksud menghebahkan sesuatu ke merata-rata tempat. Contoh ayat ialah seperti: "Pekara tersebut dicanangnya kepada semua orang."[3][4]

Selain itu, canang juga kerap digunakan dalam perihal perubatan tradisional seperti Main Peteri dimana ia dimainkan bersama alat muzik tradisional yang lain seperti rebab, serunai, dan gong dalam upacara mengubati pesakit dari gangguan makhluk halus.[5]

Rujukan

  1. ^ "Alas Ethnic Minority Music of Aceh: Canang Situ". aural archipelago (dalam bahasa Inggeris). 2022-11-26. Dicapai pada 2026-04-07.
  2. ^ Maulana, Ilham; Budiwati, Dewi Suryati; Karwati, Uus (2022-11-06). "KAJIAN ORGANOLOGI ALAT MUSIK TRADISIONAL CANANG CEUREUKEH". SIWAYANG Journal: Publikasi Ilmiah Bidang Pariwisata, Kebudayaan, dan Antropologi (dalam bahasa Inggeris). 1 (4): 163–178. doi:10.54443/siwayang.v1i4.409. ISSN 2828-8823.
  3. ^ A Malay Frontier: Unity and Duality in a Sumatran Kingdom, Oleh Jane Drakard.
  4. ^ "Carian Umum". prpm.dbp.gov.my. Dicapai pada 2026-04-07.
  5. ^ "PERUBATAN TRADISIONAL". www.heritage.gov.my. Dicapai pada 2026-04-07.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.