COMPASS
Sistem COMPASS (juga dikenali sebagai Beidou-2, BD2) ialah suatu projek oleh China untuk membangunkan sistem pandu arah satelit sejagat sendiri.[1] Ia mula beroperasi dengan liputan China dan kawasan sekitarnya pada Disember 2011.[2] Ia dirancang untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di rantau Asia-Pasifik menjelang akhir 2012 dan seluruh dunia pada 2020, menggunakan 35 satelit.[3]
COMPASS bukan merupakan tambahan kepada Beidou-1 yang dilancarkan sebelum ini, tetapi GNSS baharu serupa daripada segi prinsip dengan GPS, GLONASS dan Galileo. Sistem ini dirangka akan serasi dan saling boleh dikendalikan dengan sistem-sistem lain ini.[4]
Pelancaran satelit
| Misi | Tarikh[5] | Nama | Tapak pelancaran | Kenderaan pelancar | Bas | Orbit |
| 07-32 | 2007-04-13 | Compass-M1 | Xichang | CZ-3C | DFH-3 | MEO ~21,500 km |
| 07-37 | 2009-04-14 | Compass-G2 | Xichang | CZ-3C | DFH-3 | GEO hanyut |
| 07–38 | 2010-01-16 | Compass-G1 | Xichang | CZ-3C | DFH-3 | GEO 144.5°E |
| 07-39 | 2010-06-02 | Compass-G3 | Xichang | CZ-3C | DFH-3 | GEO 84.0°E |
| 07-40 | 2010-07-31 | Compass-IGSO1 | Xichang | CZ-3A | DFH-3 | HEO ~36,000 km |
| 07-43 | 2010-10-31 | Compass-G4 | Xichang | CZ-3C | DFH-3 | GEO 160.0°E |
| 07-45 | 2010-12-17 | Compass-IGSO2 | Xichang | CZ-3A | DFH-3 | HEO ~36,000 km |
| 07-46 | 2011-04-10 | Compass-IGSO3 | Xichang | CZ-3A | DFH-3 | HEO ~36,000 km |
| 07-49 | 2011-07-27 | Compass-IGSO-4 | Xichang | CZ-3A | DFH-3 | HEO ~36,000 km |
| 07-51 | 2011-12-01 | Compass-IGSO-5 | Xichang | CZ-3A | DFH-3 | HEO ~36,000 km |
Operasi
Pada Disember 2011, sistem ini mula beroperasi dalam mod percubaan.[6] Ia telah mula menyediakan data pandu arah, kedudukan dan pemasaan kepada China dan kawasan sekitarnya secara percuma mulai 27 Disember. Semasa tempoh percubaan ini, COMPASS menyediakan ketepatan kedudukan dalam jarak 25 meter, namun ini akan meningkat dengan pelancaran lebih banyak satelit. Apabila sistem ini dilancarkan secara rasmi tahun berikutnya, ia berjanji menyediakan maklumat kedudukan tepat sehingga 10 m, kelajuan sehingga 0.2 m/s dan isyarat penyelarasan jam sehingga 0.02 µs. Tentera China akan mendapat data yang lebih jitu.[4]
Rujukan
- ^ "China Begins Broadcasts on Latest Compass GNSS GEO Satellite". Inside GNSS. 11 Jun 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-11. Dicapai pada 28 Disember 2011.
- ^ "New satellites to extend China's military reach". Reuters. 29 Disember 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-12-30. Dicapai pada 29 Disember 2011.
- ^ "Satelit Sistem Pandu Arah China Mula Beroperasi". mStar Online. 27 Disember 2011. Dicapai pada 30 Disember 2011.
- ^ a b "China GPS rival Beidou starts offering navigation data". BBC. 27 Disember 2011. Dicapai pada 29 Disember 2011.
- ^ Aleš Holub (30 Disember 2010). "MEK tělesa 2010". katalog tapak web (dalam bahasa Czech). Dicapai pada 1 Disember 2011. Unknown parameter
|trans_title=ignored (bantuan) - ^ "Satellite navigation system launched". China Daily. 28 Disember 2011. Dicapai pada 29 Disember 2011. Text "Industries" ignored (bantuan)
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.