Busur

Replika busur komposit lama

Busur (Jawi: بوسور turunan kata akar Proto-Austronesia *busuR[1]) adalah sejenis alat senjata pelancar untuk melepaskan anak panah. Ia dipercayai dicipta pertama kali semenjak zaman pra-sejarah lagi dan merupakan antara senjata terawal yang digunakan manusia. Menurut sejarah, busur dan panah merupakan senjata paling moden, sehingga kemunculan serbuk letupan yang membawa kepada penciptaan senjata api seperti senapan dan pistol lantak.

Jenis busur

Terdapat beberapa jenis busur yang dibezakan daripada bentuk dan dan konsep mekanikalnya. Konsep mekanikal busur adalah cara busur tersebut bertindak dengan efektif melepaskan tenaga yang tersimpan didalam busur demi melancarkan anak panah. Berikut adalah beberapa jenis busur yang biasa ditemui di serata dunia.

Busur recurve

Busur recurve

Recurve membawa pengertian membengkok kembali semula. Terdapat satu perbezaan besar busur ini dengan jenis busur yang lain dari segi rekabentuk mekanikalnya iaitu bahagian lengan lengan busur jenis ini membengkok kehadapan pemanah dan bukan kearah diri pemanah. Busur ini mendapat tenaga dari tekanan dan dan regangan yang terhasil dari bentuknya yang bengkok kehadapan. Busur jenis ini adalah satu-satunya busur yang dipertandingkan di peringkat Olimpik.

Busur majmuk

Busur jenis ini adalah busur moden. Ia direka bentuk semata-mata untuk mengurangkan beban menarik (draw weight) dan dalam masa yang sama untuk menambah daya yang digunakan untuk melepaskan anak panah. Ia mempunyai roda di kedua-dua lengan dan bergantung kepada daya mekanikal rekabentuk dan bukan keanjalan lengan busur untuk melepaskan anak panah.

Busur lurus

Busur lurus adalah busur yang dibuat dari kayu yang lurus dan tanpa lengkuk atau roda. Ia bergantung semata-mata keatas daya keanjalan yang tersimpan di dalam bahan yang digunakan untuk membuat busur itu (kebiasaannya kayu atau buluh). Busur jenis ini memiliki kekuatan pegas paling tinggi jika dibandingkan dengan bentukan busur lain dengan bahan yang sama.

Busur silang

Busur silang

Secara dasarnya, busur silang adalah busur recurve atau majmuk. Perbezaannya adalah ia dimuatkan di atas perumah berbentuk senapan. Pemanah hanya perlu memasang anak panah, menarik dan menguncinya di perumah senapang tersebut. Untuk melepaskan anak panah, pemanah hanya perlu menarik picu tersebut. Oleh kerana busur ini mudah digunakan, tidak memerlukan tenaga yang kuat untuk dikendalikan dan lebih konsisten, maka ia kebanyakan digunakan di dalam perperangan pada zaman dahulu. kelemahan dari busur ini adalah lamanya waktu pengisian anak panah kembali.

Rujukan

  1. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*busuR₂: hunting bow". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 21 November 2022.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.