Buri

Buri (Jawi: بوري)[1] ialah alat tiup diperbuat daripada cangkerang gastropoda beberapa jenis siput laut berbeza yang digunakan banyak masyarakat negara Pasifik, Amerika Selatan dan Asia Selatan.[2] Cangkerang ini boleh didatangkan dari pelbagai spesies siput laut terutamanya yang jenis triton, cassis dan strombus di mana lubang tiup ditebuk pada hujung atau sisi pangkal cangkerang; suatu bahagian mulut diperbuat daripada kayu atau buluh juga boleh ditambahkan terpasang pada hujung cangkerang.[3][4]
Perkataan buri merupakan turunan akar bahasa Melayu-Polinesia *tabuRi atau *tambuRiq[5][6] menunjukkan kelaziman alat ini pada zaman leluhur Austronesia purba untuk menandakan ketibaan dalam pelayaran kapal,[7]:476-477 walau bagaimanapun penggunaan alat ini banyak berkurangan dengan masuknya pengaruh India atau Barat memasuki kepulauan Asia Tenggara berabad-abad kemudian.[5]
Kegunaan
Buri diterapkan sebagai alat kebesaran kerajaan Merina di pulau Madagaskar ditiupkan hamba lelaki menandakan cemar duli raja atau ratu, bermulanya peperangan mahupun menandakan perkabungan penguasa yang mangkat.[8]
Peniupan buri adakala dimodenkan kepada tujuan tertentu, misalnya di Tonga di mana buri ditiup secara berkumpulan dalam sesebuah pancaragam dalam acara-acara sukan.[4]
Galeri
-
Buri ditiup semasa upacara pelantikan Gabenor Jeneral New Zealand di Wellington, 2016
-
Gambaran peniup buri Aztek (quiquiztli) dari Kodeks Magliabecchi bertarikh abad ke-16
-
Seorang berbaju besi meniup buri horagai (Jepun: 法螺貝) dalam perayaan di Himeji, Jepun
Lihat juga
Rujukan
- ^ Wilkinson, Richard James (1901). "بوري buri". A Malay-English dictionary. Hong Kong: Kelly & Walsh, limited. m/s. 128.
Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
- ^ Hopkin, Bart (1996). Musical Instrument Design: Practical Information for Instrument Making, tidak berhalaman. See Sharp. ISBN 9781884365836.
- ^ Herbert, Trevor; Wallace, John, penyunting (1997). The Cambridge Companion to Brass Instruments. Universiti Cambridge. m/s. 11-13. ISBN 9780521565226..
- ^ a b Clark, Mitchell (1996). "Some Basics on Shell Trumpets". Perfect Sound Forever. Furious.
- ^ a b Blust, Robert; Trussel, Stephen. "*tabuRi: conch shell trumpet". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 30 November 2021.
- ^ Wolff, John U. (2018). Proto-Austronesian Phonology with Glossary (dalam bahasa Inggeris). Cornell University Press. m/s. 995. ISBN 978-1-5017-3599-8.
- ^ Blust, Robert (1995). "The Prehistory of the Austronesian-Speaking Peoples: A View from Language". Journal of World Prehistory. 9 (4): 453–510. ISSN 0892-7537.
- ^ Schmidhoffer, August (4–8 Oktober 2005), "Some Remarks On The Austronesian Background of Malagasy Music" (PDF), The 2005 International Forum of Ethnomusicology in Taiwan, Taipei, Taiwan: Universiti SoochowCS1 maint: date format (link)
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.
