Boss Kid
| Boss Kid | |
|---|---|
| Genre | Drama Komedi Keluarga |
| Ditulis oleh |
|
| Pengarah | Shuhaimi Zulkefli |
Dibintangi oleh | Syed Irfan Noorkhiriah Dato' Fizz Fairuz Qistina Raisah Ummar Dzariff |
| Lagu pembukaan | "Navigasi" - Nazreen |
| Lagu penutup | "Navigasi" - Nazreen |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Bilangan episod | 20 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif |
|
| Penerbit |
|
| Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Jaja Ishak Channel Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | |
| Format gambar | 1080i (HDTV) |
| Format audio | Stereo |
| Siaran asal | 21 Ogos 2026 – Kini |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Anom Suraya |
| Pautan luar | |
| Laman sesawang | |
Boss Kid merupakan sebuah siri drama komedi televisyen Malaysia 2026 terbitan Jaja Ishak Channel yang diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli. Siri yang mengandungi 20 episod ini menampilkan barisan pelakon utama seperti dan Syed Irfan Noorkhiriah Dato' Fizz Fairuz Qistina Raisah Ummar Dzariff Drama ini dijadualkan menemui penonton menerusi Slot Lestary di saluran TV3 bermula 21 Ogos 2026 menggantikan siri drama Anom Suraya, serta boleh ditonton melalui platform penstriman Tonton.
Sinopsis
Drama Bosskid mengisahkan tentang keperitan hidup Izham (Fizz Fairuz) yang berhadapan dengan masalah kewangan kritikal untuk menyara keluarganya. Di sebalik tekanan hidup orang dewasa, suasana mula berubah apabila anak lelakinya yang baru berusia sembilan tahun, Rizqin (Syed Irfan), mula menunjukkan minat dan bakat luar biasa dalam dunia digital.
Rizqin secara senyap-senyap mula menceburkan diri sebagai pencipta kandungan (content creator) di media sosial dengan merakam aktiviti harian serta gelagat bersahaja keluarganya. Tanpa disangka, kandungan video kreatif hasil buah fikiran Rizqin itu menjadi tular (viral) di internet sehingga berjaya menarik perhatian netizen dan rakan peniaga.
Melihat kepada potensi besar tersebut, Rizqin yang bertindak sebagai "bos kecil" (Bosskid) mula mengatur strategi dan mengemudi sebuah empayar perniagaan baharu demi membantu ibu bapanya, Rafidah (Noorkhiriah) dan Izham. Walau bagaimanapun, perjalanan mereka tidak mudah apabila terpaksa berhadapan dengan cabaran dunia perniagaan, kecaman netizen, serta konflik dalaman keluarga dalam membahagikan masa antara dunia kanak-kanak dan tanggungjawab komersial.
Pelakon
Pelakon Utama
- Syed Irfan sebagai Irfan
- Noorkhiriah sebagai Rafidah
- Dato' Fizz Fairuz sebagai Izham
- Qistina Raisah sebagai Ryhana
- Ummar Dzariff sebagai Idris
Pelakon Pembantu
- Arash Mohamad sebagai Hussein
- Raja Azmi sebagai Mak Siti
- Ikhram Juhari sebagai Charil Miming
- Ungku Hariz sebagai Afzan
- Reyza Fenge sebagai Syafiq
- Shyrim Husni sebagai Kamal
- Riena Amirah sebagai Alesya
- Putri Jannah Izwandy sebagai Liza
- Ariel Izz sebagai Shahrul
- Indhi sebagai Suriati
- Farhan Yusoff sebagai Saiful
- Irama sebagai Zafirah
- Shyrim Husni sebagai Kamal
- Riena Amirah sebagai Alesya
- Zulaina Ernie sebagai Mak Saleha
- Baby Feroro sebagai Nini
- Baby Miera sebagai Farah
Penerbitan
Sesi penggambaran drama ini telah dijalankan sekitar awal tahun 2023. Ketika penggambaran berlangsung, pelakon utama Noorkhiriah dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas terlibat dalam kemalangan kecil terjatuh daripada motosikal semasa menjayakan salah satu babak drama ini.[1]
Penyiaran
Drama ini dijadualkan bersiaran pada setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9:00 malam bermula 21 Ogos 2026 menerusi Slot Lestary di TV3.
Rujukan
- ^ "Noorkhiriah Alami Kemalangan Motosikal Ketika Penggambaran Bosskid". Facebook. 12 Mei 2025. Dicapai pada 31 Julai 2026.
Pautan luar
| TV3: Slot Lestary, Jumaat-Sabtu, 9:00 malam | ||
|---|---|---|
| Sebelumnya | Boss Kid | Berikutnya |
| Anom Suraya | TBA | |
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.