Boikot

Boikot, pulau atau pemulauan ialah suatu tindakan keengganan menggunakan, membeli mahupun menjual sehingga memulaukan[1] sesuatu produk atau perkhidmatan yang datang daripada suatu individu, pertubuhan atau negara sebagai tanda tunjuk perasaan[1] bermotifkan moral, masyarakat, politik ataupun mementingkan persekitaran. Pemulauan ini ditujukan mencetuskan kerugian ekonomi mahupun memaksa berubah pendirian yang dinyatakan dari pihak pengeluar yang disasarkan.

Gambaran umum

Langkah ini mula ditonjolkan oleh Charles Cunningham Boycott, ejen seorang tuan tanah dan pembesar Lord Erne yang duduk di Lough Mask House berdekatan Ballinrobe di Kaunti Mayo Ireland; pembesar ini tidak sahaja mengenakan cukai sangat tinggi kepada para penyewa tanahnya malah sering mengarahkan Charles berkeras dengan sesiapa yang tidak mampu melangsaikan pembayaran secepat mungkin malah berani melawan pihaknya.[2] Perkara ini akhirnya mendorong Charles Stewart Parnell, seorang pejuang nasionalis dalam suatu pertemuan Liga Tanah Ireland dipimpinnya di Ennis mengusulkan suatu pemulauan terhadap orang yang menghalau sekeras yang disebutkan.

Arahan ini segera mendapat perhatian orang ramai yang mempunyai rasa sepakat bersama warga setempat yang senasib, lagi-lagi dengan kerenah Boycott. Boycott segera dipulaukan para pekerja kandang-kandang dan ladangnya, malah tiada siapa yang ingin berjual beli kepadanya apatah lagi menyediakan perkhidmatan seperti surat pos dan telegraf kepadanya.[3]:133–142[2] Lagi hebatnya keadaan yang diterangkan ini adalah sifat pemulauan tersebut yang diamati tidak melibatkan sebarang keganasan langsung.[3]:157–173 Beliau merasa sangat dimalukan sehingga dia dan isterinya akhirnya melarikan diri secara senyap diiringi askar pada waktu malam.[2]

Boycott menulis suatu surat rintihan mengenai nasib yang menimpanya kepada The Times.[4] Khabar yang diberitakan ini mendapat tumpuan luas dan sangat dihebahkan serata dunia dalam akhbar-akhbar Inggeris; ia mula mendapat perhatian antarabangsa dalam akhbar New-York Tribune dilaporkan James Redpath yang menciptakan kata kerja boycott menerangkan fenomena ini.[5]

Rujukan

  1. ^ a b "boikot". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka. 2017.
  2. ^ a b c Namri Sidek (28 Disember 2017). "Kisah Asal-Usul Dari Mana Datangnya Perkataan 'Boikot'". Iluminasi. Dicapai pada 14 Mei 2021.
  3. ^ a b Marlow, Joyce (1973). Captain Boycott and the Irish. André Deutsch. ISBN 978-0-233-96430-0.
  4. ^ Wills, Matthew (20 April 2018). "Boycotting Captain Boycott". JSTOR Daily. JSTOR. Dicapai pada 14 Mei 2021.
  5. ^ Stanford, Jane, That Irishman: the Life and Times of John O'Connor Power, pp. 95–97.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.