Bison

Bison
Bison Amerika (Bison bison)
Bison Eropah (Bison bonasus)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Bison

Spesies

B. bison
B. bonasus

Sinonim

Bos

Bison merupakan genus mamalia darat berjari genap yang besar seperti kerbau dalam keluarga Bovidae.[1] Spesies-spesies ini mempunyai ponok besar dan tinggi, leher yang rendah dan tanduk-tanduk pendek.[2]:1 Genus ini mempunyai dua spesies yang masih wujud iaitu Bison bison yang ditemukan di lembah-lembah sungai dan padang-padang rumput Amerika Utara, dan spesies Bison bonasus yang ditemukan di hutan-hutan jarang dan semak samun di benua Eropah.[1]

Ciri-ciri

Badan

Bison bonasus lebih tinggi berukuran 2.1 meter[3] daripada Bison bison yang berukuran 2 m tinggi.[4][5] B. bison pula mempunyai berat antara 400 hingga 1,270 kilogram (880 hingga 2,800 paun)[5][6] lebih tinggi daripada Bison bonasus dari 800 hingga 1,000 kg (1,800 hingga 2,200 lb).[7] Badan spesies-spesies Bison sangat besar, berotot dan penuh dengan bulu panjang dan kasar; badan spesies B. bison lebih banyak bulu daripada badan spesies B. bonasus.

Rangka penuh spesies B. bison dengan cuaran-cuaran tulang panjang dalam ponoknya.

Belakangnya mempunyai ponok yang tinggi kerana ruas-ruas atas tulang belakangnya mempunyai cuaran yang panjang dan dibalut otot.[2]:1

Kepala

Tanduk spesies Bison bonasus lebih bengkok seperti sepit ketam berbanding tanduk B. bison yang membolehkannya berlaga tanduk dengan individu-individu jantan lain.[8]

Tabiat

Spesies-spesies Bison suka berkubang atau bergelimang debu dalam lubang-lubang tanah yang cetek untuk membersihkan diri daripada gigitan serangga seperti kutu dan menyejukkan badan.[9]

Rujukan

  1. ^ a b Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 689–690. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  2. ^ a b Meagher, Mary (16 Jun 1986). "Bison bison" (PDF). Mammalian Species (266): 1–8.
  3. ^ Semenov, U.A. (2014). "The Wisents of Karachay-Cherkessia". Proceedings of the Sochi National Park. KMK Scientific Press. 8: 23–24. ISBN 978-5-87317-984-8.
  4. ^ Gennady G. Boeskorov, Olga R. Potapova, Albert V. Protopopov, Valery V. Plotnikov, Larry D. Agenbroad, Konstantin S. Kirikov, Innokenty S. Pavlov, Marina V. Shchelchkova, Innocenty N. Belolyubskii, Mikhail D. Tomshin, Rafal Kowalczyk, Sergey P. Davydov, Stanislav D. Kolesov, Alexey N. Tikhonov, Johannes van der Plicht, 2016, The Yukagir Bison: The exterior morphology of a complete frozen mummy of the extinct steppe bison, Bison priscus from the early Holocene of northern Yakutia, Russia, pp.7, Quaternary International, Vol.406 (25 June 2016), Part B, pp.94-110
  5. ^ a b "American Bison". Wildlife Guide. National Wildlife Federation. Dicapai pada 4 November 2024.
  6. ^ Berger, Joel; Cunningham, Carol (1994). Bison: mating and conservation in small populations. Columbia University Press. m/s. 162. ISBN 978-0-231-08456-7.
  7. ^ Hendricks, Kassondra. "Bison bonasus (European bison)". Animal Diversity Web. Universiti Michigan. Dicapai pada 4 November 2024.
  8. ^ Lott, Dale F. (2003). American Bison: A Natural History. University of California Press. m/s. 66. ISBN 978-0-520-24062-9.
  9. ^ McMillan, B. R.; Cottam, M. R.; Kaufman, D. W. (2000). "Wallowing Behavior of American Bison (Bos bison)". American Midland Naturalist. 144 (1): 159–167. doi:10.1674/0003-0031(2000)144[0159:wboabb]2.0.co;2. JSTOR 3083019. S2CID 86223655.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.