Biom
Dalam bidang ekologi, biom ialah kumpulan setempat besar yang terdiri daripada komuniti tumbuhan dan haiwan yang paling tersesuai dengan persekitaran alam, latitud, aras tinggi dan rupa bumi yang zahir di kawasan berkenaan.
Sesebuah biom terdiri daripada kawasan ekologi atau komuniti yang berada dalam keadaan tetap dan stabil, dan segala tumbuh-tumbuhan, fauna dan tanih yang berkenaan, baik dalam peralihan, diganggu ataupun didegradasi, tetapi selalu juga boleh dikenal pasti dengan jenis vegetasi klimaksnya.
Ciri-ciri biodiversiti setiap biom, terutamanya kepelbagaian fauna dan bentuk tumbuhan yang subdominan, merupakan satu fungsi faktor-faktor abiotik serta daya keluaran biojisim tumbuh-tumbuhan yang dominan.
Terdapat dua kategori biom iaitu:
- Biom daratan (terestrial)
- Biom air (akuatik)
Biom lebih dikenali dengan nama setempatnya. Contohnya, biom tanah rumput atau semak beriklim sederhana dikenali sebagai steppe di Asia Tengah, prairie di Amerika Utara, dan pampas di Amerika Selatan. Padang rumput tropika pula dikenali sebagai savana di Australia, atau veldt di Afrika Selatan.
Adakalanya, seluruh biom boleh diberi perlindingan, terutamanya mengikut Rancangan Tindakan Biodiversiti sesebuah negara.
Iklim merupakan faktor utama yang menentukan taburan biom daratan. Antara faktor-faktor iklim yang penting ialah:
- Latitud: Artik, boreal, sederhana, subtropika, tropika.
- Kelembapan: lembap, separa lembap, separa gersang, gersang.
- Perubahan musim: Curahan hujan mungkin ditabur sama rata sepanjang tahun ataupun dipengaruhi oleh kelainan musim.
- Taburan hujan bermusim: Kebanyakan kawasan Bumi menerima lebih banyak hujan pada musim panas; kawasan iklim Mediterranean lebih banyak hujan pada musim sejuk.
- Aras tinggi: kenaikan aras tinggi menyebabkan taburan jenis habitat yang serupa dengan kenaikan latitud.
Sistem-sistem pengelasan biom yang paling banyak digunakan adalah berpadan dengan latitud (atau pengezonan suhu) dan kelembapan. Secara amnya, lebih jauh tempat itu dari kutub ke arah khatulistiwa, maka lebih banyaklah biodiversiti dan kelembapannya.
Berikut adalah di dunia Peta Biom
| lembar ais & gurun kutub tundra taiga hutan daun lebar sederhana | steppe sederhana hutan hujan subtropika vegetasi Mediterranean hutan monsun | gurun gersang tanah semak xeros steppe kering gurun separa gerang | savana rumput savana pokok hutan kering subtropika hutan hujan tropika | tundra alp hutan gunung |
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.