Bingsu

Patbingsu
Nama alternatifBingsoo
JenisShaved ice
Jenis sajianDessert
Tempat asalKorea
Suhu penghidanganCold
Bahan utamaShaved ice, red beans
Bahan yang biasa digunakanKacang Merah Sunting ini di Wikidata
Keragaman/variasiNokcha-bingsu (green tea bingsu), ttalgi-bingsu (strawberry bingsu), choko-bingsu (chocolate bingsu), etc.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Korean name
Hangul
팥빙수 / 빙수
Hanja
-氷水 / 氷水
Perumian Semakanpatbingsu / bingsu
McCune–Reischauerp'atpingsu / pingsu
IPA[pʰat̚.p͈iŋ.su] / [piŋ.su]

Bingsu (bahasa Korea:  빙수; lit. 'ais sagat'), kadangkala ditulis sebagai bingsoo,merupakan hidangan pencuci mulut ais sagat Korea yang berasaskan susu dengan hiasan manis yang terdiri daripada potongan buah-buahan, susu pekat, sirap buah, tteok (kek beras Korea) dan kacang merah.

Variasi yang paling umum bagi bingsu ialah patbingsu (bahasa Korea: 팥빙수, lit. 'ais sagat dengan kacang merah', yang dihiasi dengan kacang merah manis. Dahulu, bahan utama bagi bingsu ialah ais semula jadi, namun ais buatan mula dihasilkan kemudiannya seiring dengan pembangunan pemanis yang berkualiti tinggi. Kebanyakan variasi bingsu moden menggunakan susu beku berbanding ais yang berasaskan air. Dari segi sejarah, mesin penyagat ais pada awalnya hanyalah sebuah alatan ringkas yang berbentuk seperti ketam kayu, kini, kebanyakan ais sagat dihasilkan menggunakan mesin penyagat ais elektronik. 

Sejarah

Bingsu mempunyai asal usul yang hampir sama dengan sorbet, iaitu pencuci mulut berasaskan ais yang berperisa buah-buahan dan susu yang direkodkan seawal 400 sebelum Masihi. Rekod terawal yang diketahui tentang pencuci mulut berasaskan ais di Korea wujud pada zaman Joseon (1392 - 1897). Pencuci mulut ini menggunakan ais kisar yang dihidangkan bersama pelbagai jenis buah-buahan dan diedarkan daripada tempat penyimpanan ais tradisional Korea yang dikenali sebagai Gyeongju Seokbinggo (Bahasa Korea: 석빙고).

Selepas Perang Korea, bingsu mula berkembang dengan pelbagai jenis perisa berikutan pengenalan susu pekat, sirap dan coklat dari Amerika Syarikat bersama dengan penghijrahan besar-besaran pendatang Korea ke Amerika Syarikat yang menyebarkan lagi budaya makanan Korea. Bahan-bahan Barat yang dibawa ke Korea selepas Perang Korea serta pengaruh pendatang Korea-Amerika telah mewujudkan variasi baharu dalam penyediaan bingsu, termasuk penambahan bahan seperti bijirin, aiskrim dan krim putar.

Variasi

Terdapat pelbagai jenis dan rasa patbingsu. Banyak bingsu tidak semestinya mengikut tradisi, dan ada yang tidak memasukkan pes kacang merah.[1] Sebahagian rasa yang popular adalah: teh hijau, kopi, dan yogurt.[2]

Pengaruh

Jepun

Di rumah teh di Kagoshima, seseorang membuat "Shirokuma," yang dikatakan telah dinamakan dari bentuk menuang susu pekat putih ke atas air ais dalam mangkuk bulat dan dihiasi dengan buah-buahan seperti kacang merah manis, ceri dan tangerin dari bahagian atas, kelihatan seperti muka beruang putih.

Ketersediaan

Patbingsu boleh didapati di restoran makanan segera, kafe, dan kedai roti di Korea Selatan .[3] Patbingsu juga merupakan pencuci mulut yang sangat popular di kafe di Pekan Korea di seluruh dunia.[perlu rujukan]

Galeri

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Bingsu, an unbeatable summer treat!". KOREA TOURISM ORGANIZATION. Dicapai pada January 6, 2014.
  2. ^ Lee, Ji-yoon (July 7, 2008). "Korea's cold summer taste - naengmyeon and patbingsu". Korea.net. The Korean Culture and Information Service. Dicapai pada January 6, 2013.
  3. ^ Lee, Robyn (June 5, 2009). "Snapshots from South Korea: Patbingsu, a Popular Shaved Ice Dessert". Serious Eats. Dicapai pada January 5, 2013.

Pautan luar

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.