Baruk

Baruk ialah rumah masyarakat Bidayuh tradisional yang dicirikan oleh bentuk bulat dan bumbung konnya.[1] Ia telah dibina di pelbagai bahagian barat Sarawak, Malaysia seperti Bau, dan Serian dan juga beberapa bahagian Kalimantan Barat.
Nama-nama
Nama paling banyak digunakan bagi rumah ini ialah baruk yang berasal daripada bahasa Bidayuh Jagoi. Beberapa variasi nama ini termasuk pangah dalam bahasa Bidayuh Biatah dan balu dalam bahasa Bidayuh Bukar-Sadong.[2]
Latar belakang

Baruk digunakan sebagai rumah tumpangan tradisional, tempat pertemuan, kediaman bujang dan juga tempat ritual.[3] Oleh sebab itu, baruk sering dibina di tengah-tengah kampung, dan sama ada di atas bukit atau lebih tinggi daripada rumah-rumah lain untuk mencerminkan kepentingannya.[3]
Adalah dipercayai bahawa baruk pertama yang dibina terletak di Kampung Opar, Bau. Baruk ini dibina dengan kayu belian Borneo dan kayu kapur, supaya mereka dapat berbincang tentang penyelesaian wabak penyakit dalam kalangan komuniti mereka.[4] Manakala rujukan terawal yang didokumenkan tentang baruk Bidayuh bermula pada tahun 1848, apabila pentadbir penjajah British dan ahli naturalis Sir Hugh Low menggambarkan strukturnya dalam karyanya Sarawak, Its Inhabitants and Productions.[5] Dalam karyanya, dilaporkan bahawa baruk merupakan rumah yang paling terpisah antara setiap rumah atau rumah panjang di perkampungan Bidayuh.[6]
Fungsi
Selain tempat pertemuan, baruk digunakan untuk menyimpan tengkorak yang diperoleh daripada pemburuan kepala sebagai pertahanan diri.[7] Tengkorak-tengkorak ini akan digunakan untuk ritual yang dilakukan di rumah yang sama.[2] Berkaitan dengan amalan pemburuan kepala, baruk juga berfungsi sebagai ruang tidur bersama untuk lelaki yang belum berkahwin. Remaja lelaki juga digalakkan untuk tidur di dalam rumah tersebut, dan lelaki yang belum berkahwin biasanya terus tinggal di sana sehingga berkahwin.[8] Ini kerana baruk juga berfungsi sebagai struktur pertahanan, yang digunakan sekiranya berlaku serangan mengejut ke atas kampung.[9]
Reka bentuk dalam bangunan moden
Terdapat beberapa bangunan moden yang mengambil inspirasi reka bentuk daripada baruk, termasuk Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak Baharu[1], Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan, dan Pusat Sivik Bau.[3]
Rujukan
- ^ a b Mohamad; Ahmad, A. G. (2025). "Biomorphic elements in the preservation of Sarawak Bidayuh cultural heritage interior". ARTEKS Jurnal Teknik Arsitektur. 10 (1): 93–102. doi:10.30822/arteks.v10i1.3575. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Atar, S. A.; Ansely, A.; Bala, B. (2017). "Fungsi dan cabaran baruk sebagai warisan budaya Bidayuh". Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 1 (1): 97–122. doi:10.51200/jba.v1i1.840. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c Zaini, Atta Idrawani; Karsono, Bambang; Sulong, Awang Hasim Awang (2018). "From sacred to secular: Baruk architecture on secular buildings in Sarawak". IOP Conference Series: Earth and Environmental Science. 213 (1): 012043. doi:10.1088/1755-1315/213/1/012043.)
Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama ":2" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Unggang, Charlie (2013). Baruk: Falsafah dan Pemikiran Masyarakat Bidayuh. Sarawak: Medium Publications.
- ^ "200-year-old baruk at Kpg Gumbang being preserved as tourist attraction in Bau says Serembu rep". The Borneo Post. 2022-03-07.
- ^ Low, Hugh (1848). Sarawak; Its Inhabitants and Productions.
- ^ Geddes, W. R. (1957). Nine Dayak Nights. Oxford University Press. Dicapai pada 2026-06-05.
- ^ King, V. T. (1991). The Peoples of Borneo. Blackwell.
- ^ Boyle, Frederick (1865). Adventures Among the Dyaks of Borneo. London: Hurst and Blackett. Dicapai pada 2026-06-05.
Content Disclaimer
Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.
- The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
- There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
- It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
- Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
- Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.