Ban Chiang

Tapak Arkeologi Ban Chiang
Tapak Warisan Dunia UNESCO
LokasiDaerah Nong Han, Udon Thani, Thailand
KriteriaBudaya: iii
Rujukan575
InskripsiSesi 1992 (ke-16 )
Kawasan30 ha
Zon penampan760 ha
Koordinat17°24′25″U 103°14′29″T / 17.4069°U 103.2414°T / 17.4069; 103.2414
Ban Chiang yang terletak di Thailand
Ban Chiang
Location of Ban Chiang in Thailand

Ban Chiang (Bahasa Thai: บ้านเชียง, disebut [bâːn tɕʰīa̯ŋ] listen) ialah sebuah tapak arkeologi di Daerah Nong Han, Provinsi Udon Thani, Thailand yang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 1992. Ditemui pada 1966, tapak ini mendapat perhatian melalui penemuan tembikar purba berwarna merah. Jabatan Seni Halus Thailand melakukan beberapa penggalian kecil pada 60-an dan 70-an, dan menemui rangka manusia, artifak-artifak gangsa serta aneka tembikar. Serpihan-serpihan beras juga ditemui, sekali gus terbentuk andaian bahawa penetap tapak ialah para petani. Kawasan kubur tertua tidak memiliki sebarang peralatan gangsa, dan oleh itu, berasal dari zaman Neolitik; kubur-kubur paling lewat bertarikh pada Zaman Logam.[1]

Rujukan

  1. ^ Southeast Asia: A Past Regained (Hardcover ed.). Alexandria VA: Time-Life Books. 1995. pp. 25–32. ISBN 9780809491124.

Pautan luar

  • Media berkaitan Ban Chiang di Wikimedia Commons
  • (Inggeris) Penyenaraian tapak oleh UNESCO

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.